Budak 5 Tahun Menangis Diliwat Saudara Sendiri.

KOTA BHARU: Sebuah keluarga dari Peringat di sini trauma apabila mendakwa anak mereka diliwat seorang warga emas yang juga merupakan saudara mereka sendiri.

Kata ibu mangsa, semuanya bermula dengan mangsa yang berusia lima tahun diumpan dengan seutas jam tangan oleh suspek yang berusia sekitar 60an.

Kejadian dikatakan berlaku pada 20 Julai lalu, apabila anak kedua daripada tiga beradik itu pulang dalam keadaan menangis teresak-esak sebelum mengadu sakit pada bahagian dubur.

Dengan umpanan jam itu, mangsa berkata dia telah diajak ke satu kawasan semak di kampung mereka sebelum mendakwa diliwat.

Ibu mangsa kemudian merujuk mangsa kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, doktor pakar di hospital terbabit kemudiannya mengesahkan kanak-kanak malang itu mengalami tusukan sedalam antara 40 hingga 50 sentimeter di bahagian dubur.

Susulan itu juga satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Binjai.

Menurut ibu mangsa, apa yang dia mahukan ketika ini adalah keadilan buat anaknya.

“Ketika ini saya hendak tahu (tindakan pihak polis), sebab kita ada bukti, macam mana kes anak saya ini? Saya orang kampung, orang susah, saya hendak tuntut keadilan,” kata ibu mangsa.

Walaupun kes ini sedang diuruskan pihak berkuasa, sejarah hitam itu nyata membuatkan keluarga ini trauma.

“Ketika ini kesihatan anak saya Alhamdulillah tapi perwatakannya banyak berubah, memang berubah macam memberontak. Dengan adik-adiknya dia kacau. Dulu dia tidak kisah sangat,” kata ibunya lagi.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Baharom Abu Bakar ketika dihubungi menjelaskan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (hubungan luar tabii tanpa izin).

Suspek telah ditahan pada 9 Ogos lepas dan dibebaskan pada 11 Ogos dengan jaminan polis atas faktor usia.

Jelasnya, pihaknya kini sedang menyiapkan kertas siasatan sementara menunggu laporan perubatan mangsa dan juga suspek sebelum di bawa ke Timbalan Pendakwaraya. Astro AWANI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.