Cucu Penggal Kepala Nenek Gila Selepas Tengok Kuda Kepang.

Dia memang ada masalah mental yang diperakui pihak hospital,” dakwa Bogiman Kario, besan kepada mangsa yang dipenggal kepalanya semalam.

Bogiman, 71, mendakwa cucunya mula mempunyai masalah mental (gila isim) selepas melihat persembahan kuda kepang di FELDA Ulu Belitong di sini, tahun lalu.

“Selepas itu cucu saya ada beberapa kali menjalani rawatan sebelum disahkan Hospital Permai, Tampoi yang dia mengalami masalah mental.

“Dia ada mengambil ubat daripada hospital dan hampir tujuh bulan sudah sihat (tiada gangguan mental), tetapi saya mula sedar dia mula tersenyum keseorangan selepas menyaksikan persembahan kuda kepang pada majlis perkahwinan di hadapan rumahnya, Jumaat lalu,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.

Semalam, Maimon Abdul Samad, 76, ditemui mati dalam keadaan ngeri dengan kepala dipenggal dipercayai oleh cucunya sendiri yang menghidap penyakit mental di kediamannya di FELDA Penggeli Timur, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, suspek berusia 19 tahun turut mengerat kedua-dua kaki dan tangan kanan mangsa.

Bogiman berkata, sebelum ini cucunya pernah mencederakan diri menggunakan pemutar skru ketika mengalami gangguan mental.

“Dia pernah tiba-tiba mencucuk tangannya sendiri menggunakan pemutar skru, tetapi itu kali terakhir dia berbuat demikian sebelum pulih hampir tujuh bulan selepas mengambil ubat,” katanya. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.