Dicekup Tangkap Basah!!! Lelaki Ini Mengaku Jaga Tunang Kawan.

JAIM menahan pasangan tanpa ikatan sah dalam sebuah pangsapuri.
Melaka: Tolong jaga tunangan rakan. Demikian alasan diberi seorang pemuda apabila dicekup penguatkuasa bersama seorang gadis dalam sebuah pangsapuri di Taman Malinja, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi, pintu kediaman pemuda terbabit di tingkat bawah pangsapuri diketuk penguat kuasa dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri.

Jurucakap JAIM berkata, pintu rumah terbabit dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek dan tidak memakai baju.

“Apabila ditanya, pemuda terbabit mengaku ada gadis dalam rumah berkenaan,” kata jurucakap itu.

Hasil pemeriksaan lanjut dalam rumah tiga bilik itu, tiga lagi individu iaitu dua gadis dan seorang lelaki ditemui. - Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.