Gadis 13 Tahun Kantoi Dengan Abang Sertai Parti Seks Sejak Umur 12 Tahun Malah Kongsi Di Internet.
Seorang gadis bawah umur terlibat dalam pesta liar dan parti
seks selama beberapa bulan sehingga abangnya membuat laporan polis.
Ini membawa kepada penahanan lima pelajar dan seorang lagi
remaja tidak bersekolah yang dikatakan menjalinkan hubungan seks dengan gadis
berkenaan di pelbagai lokasi di Bukit Katil di sini.
Gadis 13 tahun di Melaka kantoi dengan abang sertai parti
seks berbulan-bulan sejak umur 12 tahun malah kongsi di internet tunggang motor
kemudian nikmati parti seks
Polis kini sedang mencari tiga lagi remaja lelaki yang
didakwa tidur bersama gadis berusia 13 tahun berkenaan.
Aktiviti terakhir gadis itu bersama kumpulan remaja lelaki
tersebut di sebuah stor yang ditinggalkan telah dimuat naik di Internet dan
dikongsi dengan rakan-rakan.
Gadis itu menulis bahawa aktiviti mereka bermula dengan
menikmati hidangan di restoran makanan segera sebelum menunggang motosikal dan
kemudian terlibat dalam parti seks.
Abangnya kemudian mengetahui mengenai perkara itu dan
membuat laporan polis pada Rabu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Senior Asisten
Komisioner Kamaluddin Kassim berkata semua enam suspek berusia 15 hingga 17
tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rogol.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati gadis itu telah berkawan
dengan enam remaja terbabit melalui WeChat dan menjemput untuk menyertai parti
seks.
SAC Kamaluddin berkata pemeriksaan latar belakang
menunjukkan gadis itu tidak mempunyai masalah keluarga atau kewangan.
Difahamkan dia terlibat dalam parti-parti liar sejak berusia
12 tahun. Encik Penyu
Ulasan
Catat Ulasan