Gara-Gara hospital Tak Mahu Menerima Pesakit, Budak Lelaki Ini Mati Dipikul Ayahnya.

New Delhi: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan mati ketika dipikul ayahnya dari satu hospital ke hospital lain semata-mata kerana tidak dibenarkan masuk ke pusat perubatan untuk rawatan demam panas.

Dalam kejadian di Kanpur, Uttar Pradesh itu, budak itu, Ansh, didukung ayahnya Sunil Kumar ke hospital kanak-kanak selepas wad kecemasan Hospital Lala Lajpat Rai enggan menerima pesakit itu.

Malah, pihak hospital juga dilaporkan enggan meminjamkan pengusung untuk memudahkan Kumar membawa anaknya ke pusat perubatan lain yang terletak 225 meter dari situ. Kejadian menyayat hati itu dirakamkan seorang wartawan.

Menurut laporan, selepas membawa Ansh ke Hospital Lala Lajpat Rai, Kumar terpaksa menunggu setengah jam sebelum akhirnya dimaklumkan anaknya tidak boleh dirawat di situ dan perlu dibawa ke hospital kanak-kanak menyebabkan bapa yang terdesak itu terus lari dengan memikul anaknya di atas bahu.-Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.