Jijik,Web Baru Penggila Seks Galakkan Tukar Pasangan Isteri,Tunang Dan Kekasih.
Kegiatan persundalan di negara ini bukan sahaja semakin
licik bahkan sangat menjijikkan apabila sebuah laman sosial diwujudkan oleh
pihak tidak bertanggungjawab dikenali sebagai Cheongster yang membolehkan
ahli-ahlinya bertukar-tukar pasangan seks.
Siasatan wartawan Kosmo! yang menyamar sebagai ahli laman
sosial itu mendapati selain menawarkan khidmat seks oleh gadis-gadis tempatan
dan luar negara, peserta komuniti Cheongster juga semakin ‘sakit otak’ apabila
menggalakkan ahlinya berkongsi pasangan seks sama ada teman wanita, tunang atau
isteri.
Bagi mendorong lebih ramai ahlinya mengamalkan perkongsian
pasangan seks, Cheongster menawarkan satu ruangan khusus iaitu ‘Exchange’.
Berdasarkan tinjauan Kosmo!, lebih 200 ‘posting’ mengenai
pertukaran pasangan telah dimuat naik menerusi ruangan tersebut.
Siasatan selama hampir dua minggu itu mendapati, Cheongster
yang sudah beroperasi sekitar dua tahun mempunyai lebih 500 orang ahli komuniti
terdiri daripada lelaki hidung belang, wanita muda, ibu tunggal, wanita asing
dan bapa ayam.
Malah, lebih mengejutkan, terdapat juga ruangan khas untuk
golongan wanita terdiri daripada remaja dan penuntut institusi pengajian tinggi
bagi mempromosikan perkhidmatan seks.
Uniknya, cara komunikasi ahli dalam laman sosial tersebut
menggunakan kod rahsia khas berkaitan makanan bagi mewakili kaum tertentu
seperti nasi lemak untuk wanita Melayu, bakso (Indonesia), capati (India), char
kuetiau (Cina) dan tom yam (Thailand).-e-berita.org - Kosmo Online
Ulasan
Catat Ulasan