Kalah debat, Wanita Ini Peluk Islam Dan Kahwini Lawannya.

Indonesia, 9 Ogos - Kini viral di Indonesia tentang kisah seorang lelaki, Alvin Faiz, 17, yang menikahi seorang gadis, yang juga mualaf berketuranan Tiongha, Larissa Chou, 20, selepas berdebat menerusi internet.

Alvin, yang juga anak kepada seorang ustaz yang terkenal di negara itu, Ustaz Ariffin Ilham, berjaya membimbing Larissa masuk agama Islam selepas mereka berdua berdebat mengenai agama masing-masing menerusi satu forum di media sosial.

Di dalam debat itu, Larissa, yang menganut agama Kristian ketika itu, akhirnya mengaku kalah dan menzahirkan keinginannya untuk memeluk Islam pada Jun 2015.

Alvin kemudian melamar Larissa untuk menjadi isterinya.

Tanggal 6 Ogos lalu, Alvin dan Larissa akhirnya diijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah dan kisah unik itu dikongsi oleh bapa Alvin, Ustaz Ariffin Ilham di laman Facebooknya.

Selain dari Larissa, ayah dan nenek Larissa juga memeluk Islam.

"Engkau nikahi seorang putri muallafah. Engkau bimbing papa dan omanya (nenek) pun masuk Islam. Tiga generasi sekaligus bersyahadat", tulis Ustaz Ariffin dalam penulisan yang ditujukan kepada anaknya.

Ustaz Ariffin juga dilihat bangga dengan anaknya itu yang berhasil mengIslamkan tiga genarasi sekaligus serta berani mengambil tanggungjawab untuk menjadi seorang suami di usia yang muda.

"Engkau terpaksa pergi ke pejabat Agama Bogor untuk kebenaran nikah kerana kamu masih dibawa umur belum 19 tahun

"Nikah segera pilihanmu adalah takdir-Nya terindah

"Nikah itu ridho (redha) Allah", tulis Ustaz Ariffin. Sumber: http:www.viralisma.net

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.