Kisah Benar: Sumbat Barang Sihir Di Mulut Jenazah, Dapat Balasan Di Makkah

Sumbat Barang Sihir Di Mulut Jenazah
Sarah merupakan seorang ibu yang naik haji bersama anaknya ke tanah suci yang datang atas seruan Allah. Hasan memapah ibunya yang tua dan berbisik,“Ummi undzur ila Ka’bah (iBu, lihatlah Ka’bah). ” ibunya hanya membisu seribu bahasa.

Hasan kembali berbisik ibu inilah Ka’bah, dia pelik melihat wajah ibunya seolah-olah anak matanya masih mencari-cari di mana bangunan hitam segi 4 itu, ibunya pun tak faham mengapa dia tidak boleh menyaksikan Ka’bah yang betul-betul tepat berada di hadapannya, berkali-kali Sarah mengusap matanya tapi yang nampak hanyalah kegelapan.

Hasan tidak kecik hati dan memohon ampun kepada Allah dan berdoa supaya ibu tercinta bakal merasakan anugerahnya dengan melihat ka’bah.

Hasan yang merasa pelik dengan penglihatan ibunya yang buta tiap-tiap kali di depan ka’bah, dia bertanya kepada ibunya apakah ibunya memiliki kesalahan sampai mendapat azab dari Allah, namun ibunya enggan untuk mengaku.

Kemudian Hasan membawa ibunya berjumpa dengan seorang ulama di Abu Dhabi, ketika di tanya Sarah hanya mendiamkan diri.

Sehari selepas pertemuan itu Sarah menghubungi ulama tersebut menerusi sebuah panggilan telefon dan menceritakan semuanya.

“Ustaz, ketika saya muda dulu saya bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital kerajaan,” pekerjaan jururawat adalah perkerjaan yang mulia” potong ulama itu” tapi saya mencari duit sebanyak-banyaknya dengan bermacam langkah tidak peduli halal atau haram.

Saya sering kali menukarkan bayi sebab tidak semua ibu suka dengan jantina bayi yang di lahirkan, apabila ada yang mahu anak lelaki kerana melahirkan seorang anak perempuan, saya akan menukarkannya dengan ganjaran duit yang setimpalnya.

“Lalu apa lagi yang Anda lakukan? ” ulama tersebut mengajukan pertanyaan.

Di hospital saya juga memandikan mayat, tapi saya memandikan mayat juga bersebab, saya memiliki kerja sama dengan bomoh (pengamal ilmu hitam)

Setiap kali ada permintaan mengenakan orang sama ada membuatnya sakit atau mati, syaratnya benda persyaratan sihir itu di tanam dalam tanah bersama orang mati, saya akan menyumbat benda-benda itu ke dalam mulut si mayat.

Pernah sekali seorang alim meninggal dunia dalam kemalangan, saya memasukkan barang sihir itu ke dalam mulutnya, tidak tahu mengapa barang-barang sihir itu kembali keluar dari dalam dan tidak mahu masuk sehingga saya cuba menekannya lebih dalam berulang kali namun tetap gagal.

Ketika itu saya berasa amat geram lalu saya masukkan benda-benda itu kemudian saya jahit mulutnya, kata Sarah.

Tidak pernah terbayang dalam hidup, seorang manusia lebih-lebih lagi dia seorang wanita yang memiliki hati nurani yang begitu keji dan kejam.

Sekitar 7 hari kemudian ulama tidak mendapat panggilan telefon dari Sarah, akhirnya dia bergegas ke rumah Hasan berharap Sarah akan bertaubat dengan segala perbuatannya.

Akan tetapi setelah berjumpa dengan Hasan, khabar duka yang di terima oleh ulama itu,” ummi sudah meninggal dua hari selepas menghubungi ustaz ujar Hasan.

Hasan bercerita selepas ibunya menghubungi ulama, ibunya jatuh sakit dan terus meninggal dunia dan lebih mengejutkan lagi peristiwa pengebumian Sarah yang tidak di terima oleh tanah Makkah.

Tanah sudah di gali tapi bila liang kubur sudah hampir siap tanah kembali tertutup rapat dan ianya terjadi berulang kali dari pagi ke tengah hari hingga ke waktu Magrib sehingga tak ada satu pun lubang kubur berjaya di gali, sampai penggali kubur berputus asa dan meninggalkan Hasan dengan jenazah ibunya.

Sebagai anak yang sayang dan hormat ibunya, Hasan tidak sanggup meninggalkan jenazah ibunya tanpa di kebumikan, dibawa balik ke negara asal rasanya tidak mungkin.

Ketika sedang Hasan berzikir, dengan izin Allah tiba-tiba berdiri seorang lelaki berjubah hitam wajahnya tidak jelas dan berkata biar saya yang uruskan jenazah ibumu, kamu balik lah.

Mendengar suara lelaki itu entah kenapa hati hasan begitu yakin dan percaya”Aku minta kamu jangan toleh ke belakang hingga kamu sampai di rumah, pesan lelaki itu pada hasan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.