Kisah Benar Wanita Berhijab Ini Tidak Boleh Pijak Di Masjidil Haram.
Sedikit perkongsian dari admin menceritakan tentang mengapa
wanita ini tidak boleh pijak ke Masjidil Haram. Apakah sebabnya jadi sampai
macam tu?
Sudah lebih sepuluh tahun saya mengumpul pengalaman dalam
menguruskan jemaah haji dan umrah, pelbagai kerenah yang saya temui. Tak
kiralah sama ada sebelum berangkat ke Tanah Suci ataupun sewaktu berada di
sana.
Apa yang boleh saya katakan, mereka yang berjaya sampai ke
Mekah untuk menunaikan ibadah adalah golongan yang dipilih Allah. Jika Allah
tidak menjemput, jemaah itu tidak akan berjaya sampai ke Tanah Suci.
Wang bukan segala-galanya. Saya sering melihat kes di mana
jika orang itu banyak duit sekali pun, tetapi ada saja halangannya sejak di
tanah air sehingga menyebabkan dia gagal menjadi tetamu Allah di Mekah.Ada
kalanya, kerana fikir dia kaya dan banyak wang, maka itu menjadi lesen untuk
meminta apa saja bertaraf first class bagaikan melancong ke luar negara
lagaknya. Pernah saya bawa seorang jemaah wanita, boleh dikatakan dari golongan
elit. Sebelum pergi lagi dah minta macam-macam. Lepas tu, langsung tak mahu
bercampur dengan jemaah lain. Kononnya orang lain tak setaraf
dengannya.Sikapnya sungguh sombong dan suka memerintah orang.
Semasa di Madinah, dia sudah mula tunjuk rasa tak puas hati.
Kononnya makanan tak sedap, persekitaran tak selesa dan macam-macam lagi. Saya
sendiri tidak faham tujuannya datang ke Tanah Suci untuk beribadah atau
melancong. Sudahlah begitu, dia suka melaga-lagakan orang dengan fitnah hingga
ada jemaah yang bermasam muka angkaranya. Bila sampai di Mekah, kami bawa ke
hotel penginapan. Walaupun hotel itu tidak secantik mana namun ia selesa dan
segala kemudahan disediakan.Semua jemaah suka dan amat bersyukur kerana dapat
penginapan yang paling dekat dengan kawasan Masjidilharam. Ini memudahkan
mereka berulang-alik mengerjakan ibadah.
Macam Kandang B@bi
TAPI berlainan pula dengan wanita elit itu. Mula-mula dia
membebel kerana tak puas hati dengan hotel itu. Katanya hotel itu buruk.
Lama-kelamaan amarahnya mula berpanjangan. Daripada membebel,akhirnya dia
terjerit-jerit marah dan memaki hamun di depan jemaah lain hanya kerana tidak
mahu menginap di hotel tersebut. Hotel ni macam kandang b@bi? Aku tak mahu
tinggal kat tempat kotor macam ni! jerit wanita itu. Habis pintu hotel
ditendangnya. Saya hanya geleng kepala. Jemaah lain turut malu dengan sikapnya
hamun dalam ihramnya itu.
Kami memujuk, tapi dia terus memarahi dan memaki hamun kami
semua. Hampir setengah hari habis masa kami memujuknya. Tidak mahu jemaah lain
terganggu kerana kerenahnya itu,akhirnya kami tempatkan dia di sebuah hotel
mewah yang jauh dari Kaabah. Kalau diikutkan, tak layak pun dia duduk di hotel
itu. Bayangkanlah, bayar pakej untuk kelas pertengahan, tapi minta layanan bagaikan
dia membayar pakej kelas pertama.Tapi kerana malas mendengar suaranya yang tak
habis membebel dan mengganggu Jemaah lain, kami turutkan saja kemahuannya.
Lepas itu, mutawif minta wanita tersebut membayar dam kerana
sudah banyak melanggar syarat dalam ihram. Lebih kurang RM400 dendanya. Tak
sampai 15 minit lepas dia bayar, dia boleh marah semula mutawif dan berkeras
minta dipulangkan semula duit damnya itu.
Dia sanggup tinggal seorang diri di hotel berlainan yang
jauh daripada jemaah lain. Saya dapat, tahu selepas itu dia langsung tidak
dapat mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Sebabnya tiba-tiba haidnya datang tak
menentu.Kejap ada, kejap tiada. Sehari suci, esoknya kotor semula. Semasa dalam
ihram, haidnya datang lagi. Akhirnya, sepanjang 10 hari di Mekah, memang dia
lebih banyak duduk di hotel saja, langsung tak dapat buat ibadah. Betapa
ruginya orang seperti ini.
Gagal Pijak Masjidilharam
SELAIN itu, saya teringat juga satu kes seorang lelaki
berusia 60-an yang mengerjakan umrah ditemani anak lelakinya. Semasa di
Madinah, semuanya berjalan dengan baik. Tapi, sampai di Mekah lain pula
jadinya. Lelaki itu tak boleh memasuki kawasan Masjidilharam.Tiap kali dia
jejakkan kaki ke dalam kawasan itu, dia akan menjerit-jerit kepanasan. Badannya
rasa nak terbakar sampai nak dicabutnya kain ihram kerana tak tahan berasa
panas. Begitulah setiap kali mahu memasuki kawasan Masjidilharam.
Lebih haru, bila kami tanya mana Kaabah, dia boleh tunjuk
arah belakang. Maknanya, Kaabah yang besar pun langsung dia tak nampak! Anak
lelakinya menangis melihat keadaan itu.Setelah puas bertanya, barulah lelaki
itu bercerita dia ada membela hantu raya. Tujuannya untuk membantunya melakukan
kerja dan menjaga rumah semasa ketiadaannya sewaktu zaman mudanya dulu. Kami
tanya di mana dia simpan benda pemujaan hantu raya itu.
Setelah dia menyebutkan lokasinya, anaknya menelefon
keluarganya di tanah air dan minta dibuang benda itu dengan bantuan pengamal
perubatan tradisional. Setelah hantu raya itu dibuang,barulah lelaki itu boleh
memijak kawasan Masjidilharam. Barulah dia boleh melihat Kaabah. Kerana itu
semasa memberi kursus pada jemaah yang mahu berangkat ke Tanah Suci, saya
selalu mengingatkan mereka jika ada sebarang amalan ilmu hitam atau yang
menyalahi syariat, lebih baik dibersihkan dahulu dan bertaubat sebelum
berangkat ke Tanah Suci.
Betulkan tauhid kita sebelum berangkat ke sana. Jika tidak,
itulah yang terjadi seperti kes pakcik tadi. Selain itu, akhlak kita sesama
manusia juga harus dijaga. Sebaiknya kita minta ampun dan maaf pada mereka yang
pernah kita zalimi atau sakiti hatinya, apatah lagi jika kita ambil haknya.
Akibat Alih Batu Sempadan
PERNAH berlaku seorang jemaah lelaki yang saya bawa tak
boleh buat ibadah sepanjang berada di Mekah. Badannya sentiasa terasa panas dan
tidak keruan hingga dia langsung tak boleh beri tumpuan untuk beribadah. Dia
mengadu pada saya lalu saya bertanya jika dia ada buat apa-apa kesalahan
sebelum ini.Akhirnya dia teringat semasa di kampung dia suka mengambil tanah
hak orang. Dia dengan sengaja mengalihkan batu sempadan agar tanahnya lebih
luas dengan mencuri hak orang lain. Selepas dinasihatkan, dia menelefon
jirannya di tanah air dan meminta maaf atas perbuatannya itu. Selepas itu
barulah dia dapat melakukan ibadah dengan tenang di Mekah.
Sebenarnya, cerita-cerita yang saya bawakan tadi sepatutnya
menginsafkan kita. Apa saja ujian atau balasan yang kita lalui semasa berada di
Tanah Suci, terimalah dengan dada terbuka. Jangan takut, jangan gentar. Setiap
ujian dan balasan di sana adalah salah satu pengampunan dosa kita. Jika kita
tidak dapat menerimanya dengan redha, bermakna kita adalah manusia yang
rugi.Segala keajaiban yang ditunjukkan Allah di Tanah Suci itu bersifat
pelbagai. Seperti saya alami dua tahun lalu. Ketika saya berniat mahu bawa
golongan yang tidak berkemampuan ke Tanah Suci.
Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, orang tua, golongan
miskin dan pelajar madrasah di mana mereka ingin sangat ke Mekah tapi tidak
mampu dari segi kewangan. Kalau diikutkan logic akal, bajet untuk membawa
mereka memang tak cukup langsung. Tapi saya tawakal dan berserah pada Allah.
Sampai di Tanah Suci, rezeki saya tak putus-putus. Ramai orang menderma, segala
bajet seperti makan minum dan penginapan tiba-tiba dapat diskaun paling murah.
Kad ATM bila dicucuk sentiasa ada wang. Dalam poket pun bila
saya seluk, ada saja wang yang saya sendiri tertanya-tanya entah datang dari
mana. Itulah kuasa Allah. Semasa pergi tak cukup wang, sampai di sana wang saya
jadi berlebihan hingga boleh membeli-belah untuk golongan yang tidak
berkemampuan ini.Daripada situ saya bertekad seboleh-bolehnya saya mahu
membantu membawa golongan sebegini ke Tanah Suci.
Oleh kerana itulah saya wujudkan program Kembara Taubat Di
Bumi Anbia yang akan bermula pada Mei tahun ini. Tujuannya untuk memberi
peluang pada golongan yang tidak berkemampuan untuk sama-sama menjadi tetamu
Allah di sana. Saya percaya, benda baik yang kita lakukan dengan ikhlas tanpa
tujuan mengaut keuntungan pasti akan dipermudahkan jalannya oleh
Allah.-kisahviral16.blogspot.my
Ulasan
Catat Ulasan