Lelaki Ini Kongsikan Pesanan Pada Semua Perokok Tegar
Banyak pihak yang membantah untuk larangan merokok,”merokok
mati tak merokok juga mati” itulah salah satu alasan yang mereka katakan.
Itu sebagai perokok, tapi bagaimana pula dengan orang yang
terkena asap rokok (perokok pasif) adakah berbahaya?
Disini kami kongsikan kisah seorang doktor yang memiliki
pesakit yang sedang mengalami tumor pita suara akibat terlalu terdedah dengan
asap rokok rakan sebilik sekaligus rakan sekerjanya. Berikut merupakan
kisahnya.
“Saya panggil dia Min, pesakit saya yang sudah dua bulan di
rawat di hospital ini, Min bekerja sebagai mekanik kereta, dia tidak merokok
tetapi rakannya yang merokok.
Tapi pada akhirnya Min di sahkan menghidap penyakit Tumor
pita suara kerana terlampau terdedah kepada asap rokok rakan-rakannya, pita
suara, tekak dan saluran ke hidung juga terpaksa di buang, pembedahan di buat
dengan mengerat hampir setengah bahagian lehernya.
Kini hidungnya sudah tidak berpungsi, Min bernafas melalui
lubang warna putih di leher dan Min juga sudah menjadi bisu.
Min merupakan seorang yang baik, sebelum Min dibenarkan
balik ke rumah, dengan gerak bibir dan tangan Min berpesan kepada saya”Adik jauhi
asap rokok, ambil gambar saya dan ceritakan kepada rakan-rakan biar mereka
berhenti merokok, katanya.
Nota eberita: Sebagai sahabat, kita tidak mungkin memutuskan
hubungan kawan hanya kerana kawan merokok.
Kita sebagai kawan sepatutnya memberikan mereka nasihat agar
mengurangkan tabiat merokok ketika sedang melepak bersama, kalau boleh jangan
merokok.
Untuk maklumat semua, sebenarnya lebih tinggi risiko perokok
pasif terkena kanser atau tumor yang berpunca daripada perokok aktif.
Kepada perokok aktif, jika tak nak berhenti merokok
sekurang-kurangnya berilah toleransi kepada orang tersayang dan sekeliling,
hisaplah di tempat lain, jangan biarkan mereka menderita hanya kerana kedegilan
dan kepuasan anda.
Salah seorang mangsa.
Robby indra wahyuda merupakan salah seorang lelaki yang
menentang sekeras-kerasnya larangan merokok, beliau disahkan meninggal dunia
selepas di sahkan menghidap kanser di bahagian leher.
Ulasan
Catat Ulasan