Mak Sumpah Aku Mati Bersalin, Datang Rumah Nak Jaga Aku Selepas Bersalin Tapi Terperap Dalam Bilik

Saya sudah 8 tahun berumahtangga dan sudah mempunyai dua orang anak.

Saya sudah 8 tahun berumahtangga dan sudah mempunyai dua orang anak.

Baru-baru ini saya telah melahirkan anak yang kedua dan mak saya telah memaksa ayah saya membenarkan dia tinggal di rumah saya dengan alasan mahu menjaga saya dalam pantang.

Saya izinkan walaupun tidak ada persetujuan dengan suami, kerana dia tak mahu terjadi lagi drama macam masa saya bersalin anak sulung.

Namun begitu beberapa minggu sebelum mak datang, mak saya telah menjemput dua orang adik-beradik saya supaya ikut sekali kerana kononnya saya boleh tumpangkan mereka sementara mereka cari kerja di sini.

Saya bantah, sebab saya tak mampu tumpangkan lebih dari seorang, atas sebab kewangan dan rumah yang sangat kecil.

Mak berkecil hati lalu memaki saya anak derhaka dan suami saya ‘loser’ kerana tak mampu sewa rumah yang besar, dan menyuruh kami berdua ‘rot in hell’.

Saya diamkan diri dulu dan bersabar, tetapi dua hari kemudian mak telah menelefon dan menyumpah saya supaya mati bersalin.

Saya berasa sedih lalu menyuruh mak supaya jangan datang dan suami saya pun tak bagi.

Tapi mak datang juga dengan salah seorang adik saya dengan alasan tiket flight dah beli jadi saya dan suami terpaksa berdiam diri saja.

Sesampai di rumah saya, mak saya cakap macam ini, “Oo.. ingat rumah kamu at least ada la halaman tapi rupanya sempit saja.”

Mak saya menyuruh ibu mertua saya tak perlu datang untuk jaga saya, sebab mak ada boleh jagakan.

Walaupun saya ketika itu baru 4 hari keluar dari hospital, dalam pantang, saya tak merungut walaupun terpaksa uruskan diri sendiri.

Saya langsung tak merungut walaupun terpaksa mop lantai sebab mak saya makan dalam bilik, bawa makanan dari dapur tapi tak bawa pinggan sekali, biar makanan tumpah dan pijak pula.

Saya tak boleh biar lantai kotor sebab anak sulung saya selalu bergolek di lantai tu.

Mak duduk dalam bilik saja (bilik anak sulung saya jadi anak sulung saya terpaksa berkongsi katil dengan kami).

Mak akan masak satu lauk, dan biar adik saya makan benda yang sama sampai terpaksa korek periuk itu pun makan nasi dengan kuah saja. Tahan dua hari. Mak cuma rehat dalam bilik dan tutup pintu.

Saya terdengar mak saya merungut kepada adik saya itu, yang suami saya tak berduit dan saya pula tak pandai uruskan anak.

Tak bagi anak saya masuk bilik sebab tak mahu dia terdengar dan report dekat saya, saya cuma berdiam saja.

Hari ketiga, mak beritahu saya yang dia nak balik jadi saya tanyalah kenapa. Dia bagi alasan yang adik saya minta nak balik. Sambil itu, muka mak saya mencuka, memandang sekeliling rumah saya yang kecil ini dengan pandangan yang jelik.

Saya kecil hati. Saya fahamlah mak bosan duduk sini, kami tak mampu ada rumah besar, dan suami pula kerja sepanjang hari jadi tak boleh nak bawa mak berjalan-jalan.

Jadi keesokan hari, saya paksa suami saya bawa mak beli barang dapur. Mungkin mak nak masak benda lain, daripada biar adik saya ratah kuah dengan nasi saja.

Tapi di supermarket, mak cuma beli yogurt dan buah-buahan, tak beli pun bahan-bahan untuk memasak. Jadi, saya belikan ayam, sayur, keju, daging dan sebagainya.

Sesampai di rumah, mak terus berkurung dalam bilik dengan adik saya dengan membiarkan saya yang dalam pantang ini uruskan barang-barang mereka yang baru dibeli.

Suami pula sedang memasak dengan satu tangan mendukung baby.

Tiba-tiba mak saya keluar dari bilik lalu mengambil sesuatu di meja makan dan membawa makanan masuk terus ke dalam bilik.

Makanan tumpah lagi, sampai meleleh ke ruang tamu.Hati saya sakit. Saya belum hilang penat mengemop semalam sampai nak bentan tapi mak kotorkan lantai lagi.

Saya merungut-rungut seorang diri. Suami saya terdengar, tapi sebab sibuk memasak sambil dukung anak yang menangis jadi dia diam saja. Anak saya itu pula jenis menangis menjerit macam budak kena cekik.

Mak saya keluar dari bilik lagi, mulalah sibuk-sibuk, “Hei kamu buat apa dengan anak kamu tu??”. Suami saya pun menjawab, kalau boleh makanlah di meja, jangan bawa makanan masuk bilik. “Isteri saya penat mop lantai. Dia dalam pantang. Mak datang sebab apa sebenarnya?”

Mak saya jawab, dia datang sebab saya yang merayu minta mak datang, sedangkan dia sebenarnya tak hingin datang sini. Saya jawab kenapa mak bohong. Saya ada bukti mesej saya kepada mak dan ayah yang saya tak izinkan mak datang selepas mak maki-maki kami sebelum ni.

Terus mak masuk bilik, tutup pintu dengan adik saya. Saya panggil mak keluar bilik supaya kami boleh berbincang secara bersemuka, daripada kutuk dan mengumpat di belakang saja.

Tapi mak menyuruh adik saya halau saya keluar dari bilik. Mak tuduh saya meroyan sebab tak tahan sakit pantang dan penat jaga baby menangis.

Kali kedua saya cuba masuk bilik (sebab nak ambil baju anak saya yang sulung itu, itu bilik dia dan dia nak mandi), adik saya tolak saya sampai terjatuh.

Mak saya cuma tersenyum saja. Nasib baik tak terbuka jahitan saya masa itu. Saya ugut nak panggil polis. Adik saya takut, dan mak saya hantar mesej kepada bapa mertua saya, suruh dia carikan hotel untuk mereka.

Bapa mertua saya tak mahu tolong mak sebab mak dah hina dan maki anak dia iaitu suami saya, tapi mak saya sanggup bersumpah dia tak pernah hina suami saya walaupun saya ada screenshot mesej mak saya itu dan forward pada semua orang yang terlibat.

Jadi mak mertua saya yang tolong walaupun hati dia berat dan marah. Mereka duduk di hotel sehari saja lepas itu balik rumah.

Bila dah sampai rumah mak fitnah saya ini pendera anak, yang saya ini kurung mak dalam bilik dan ugut untuk panggil polis sebab saya meroyan luar kawalan.

Mak juga kata yang dia sangat penat menjaga saya dalam pantang (sedangkan dukung baby pun tak pernah) tapi saya halau dia pula. Mak batu apikan adik-adik, supaya mereka bencikan saya.

Ok. Saya malas nak berterusan bergaduh dengan mak, jadi saya hentikan setakat itu. Saya biarkan mak layan perasaan dia sendiri.

Hari raya saya cuma mohon ampun dan maaf, itu saja mesej saya kepada mak sebab lepas ini saya tak mahu dah berurusan dengan mak.

Tapi tak sampai sebulan lepas itu mak hantar mesej maki hamun lagi. Saya tak faham kenapa. Mak maki saya babi, sumpah saya jadi babi, suruh saya dan suami masuk neraka sebab anak derhaka. Dan mak juga ugut yang dia boleh ambil anak-anak saya bila-bila masa pun sebab dia ada hak, darah daging dia.

Mak juga menyuruh adik saya hantar mesej ke anak sulung saya, maki hamun dan berkata yang kami ini ibu bapa yang jahat dan supaya jangan datang tengok mereka lagi kerana mereka akan panggil polis tangkap saya.

Ugut untuk mesej mertua-mertua saya dan nak porak perandakan keluarga mertua saya.

Saya jawab kepada mak, jangan risau, saya sampai mati takkan balik ke situ dah kalau tak bersebab.

Saya faham mak mungkin cemburu tak dapat berkongsi kasih sayang dengan cucu-cucu dia di sini. Saya doakan mak gembira dengan keluarga sempurna yang mak bina di sana, dan kalau boleh jangan ganggu keluarga saya di sini.

Saya screenshot dan beri pada ayah. Saya minta ayah tolong tengokkan adik saya tu. Ayah saya kata mak itu kecil hati sebab apa yang saya tulis di Facebook, sedangkan benda terakhir di situ yang saya tulis adalah tentang Pokemon dan tak ada kena-mengena dengan mak.

Tapi adik-adik saya hantar mesej bukan-bukan kepada suami saya, konon suami saya dayus membiarkan isteri buat apa yang di suka dan ugut untuk kacau keluarga mertua saya. Suami saya block mereka kerana tak mahu bergaduh.

Mak saya salahkan ayah saya kerana tak pandai urus keluarga, sebab itulah adik-adik saya berperangai begitu.

Mereka bergaduh teruk hingga mak saya menyuruh adik saya pukul ayah saya. Ayah lari dari rumah sebab tak mahu terus bergaduh. Biar mak reda dulu.

Saya pula terpaksa suruh mertua-mertua saya block semua orang. Anak sulung saya juga dah block mereka. Saya sedih tak dapat berhubung macam keluarga normal yang lain, tapi saya rasa ini cara terbaik untuk pertahankan keluarga saya yang kecil ini.

Biarlah mak hina dan fitnah kami, asalkan anak-anak kami tak perlu lalui semua itu. Saya gembira walaupun kami tak berduit, kami tenang dan tak ada batu api.  – Anak Derhaka Sumber:dakwatmerah.com

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,403,Artis Dalam Negara,25,Artis Luar Negara,22,Berita Menarik,976,Berita Semasa,1353,Islam,104,Kantoi Luar Negara,18,Kes Kantoi,436,Kes Rogol,356,Kesihatan,84,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1207,Movie,4,Movie Trailer,4,Politik,202,Politik Dalam Negara,7,Politik Luar Negara,4,Puasa,5,Rogol Luar Negara,13,Rumah Tangga,354,Sukan,132,Sukan Luar Negara,11,Video,548,Video Kantoi,10,Video Luar Negara,39,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Mak Sumpah Aku Mati Bersalin, Datang Rumah Nak Jaga Aku Selepas Bersalin Tapi Terperap Dalam Bilik
Mak Sumpah Aku Mati Bersalin, Datang Rumah Nak Jaga Aku Selepas Bersalin Tapi Terperap Dalam Bilik
Saya sudah 8 tahun berumahtangga dan sudah mempunyai dua orang anak.
https://4.bp.blogspot.com/-7CYIKXYCbzo/V680ia6bRYI/AAAAAAAAOGw/otgehlHZAYo2xEmYKtXF-LyK1V_aD994gCLcB/s1600/Wartawan%2BJalanan.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-7CYIKXYCbzo/V680ia6bRYI/AAAAAAAAOGw/otgehlHZAYo2xEmYKtXF-LyK1V_aD994gCLcB/s72-c/Wartawan%2BJalanan.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/08/mak-sumpah-aku-mati-bersalin-datang_13.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/08/mak-sumpah-aku-mati-bersalin-datang_13.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy