Militan IS Arah Pengikut Remaja Sembelih Bukan Islam Di Sabah

Arahan untuk menyembelih orang bukan Islam itu, diberikan oleh seorang rakyat Malaysia yang berada di Syria

KUALA LUMPUR – Sembilan suspek ahli kumpulan militan IS, termasuk tiga warga asing ditahan dalam tempoh 21 hari sejak 20 Julai lalu kerana dipercayai terbabit dalam pelbagai rancangan, termasuk menyembelih orang bukan Islam di Sandakan, Sabah.

Arahan untuk menyembelih orang bukan Islam itu, diberikan oleh seorang rakyat Malaysia yang berada di Syria, kepada seorang remaja berusia 17 tahun, yang ditahan di Sabah dalam operasi besar-besaran oleh Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman di sekitar Kuala Lumpur, Sabah, Kelantan dan Johor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tiga daripada suspek terbabit adalah adalah warga asing, yang juga bekas anggota tentera dan mereka ditahan kerana dipercayai bersubahat dalam serangan bom ke atas pusat hiburan Movida di Puchong, pada 28 Jun lalu.
“Remaja berusia 17 tahun itu merancang melakukan serangan ‘Lone Wolf’ dengan menyembelih orang bukan Islam di Sandakan selepas menerima arahan daripada anggota IS di Syria.

“Remaja berkenaan juga mengancam untuk membunuh Ketua Polis Negara melalui akaun Facebook miliknya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Khalid berkata, dua lagi suspek iaitu Jasanizam Rosni dan Md Saifuddin Muji, ditahan Selasa lalu, selepas dipercayai bersembunyi di sebuah pondok di kawasan berbukit di Kuala Krai, Kelantan sejak awal bulan lalu dan menunggu arahan dari Mohamad Wanndy Mohamad Jedi untuk melancarkan serangan ke atas pusat hiburan di Johor Bahru.

“Susulan daripada tangkapan mereka, polis merampas sebutir bom tangan jenis M67 yang disembunyikan di Rengit, Batu Pahat, disyaki akan digunakan dalam serangan yang dirancang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi. – Berita Harian, Suara.TV

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,465,Artis Dalam Negara,106,Artis Luar Negara,50,Berita Menarik,1293,Berita Semasa,1678,Binatang,13,Cabul,11,Curang,20,Dera,19,Gaduh,15,Gambar,30,Islam,128,Kantoi Luar Negara,53,Kecuaian,4,Kejam,79,Kemalangan,25,Kes Bunuh,67,Kes Kantoi,533,Kes Rogol,409,Kesihatan,99,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1419,Makanan,10,Maksiat,18,Marah,7,Movie,5,Movie Trailer,4,Penipuan,4,Perang,6,Politik,245,Politik Dalam Negara,50,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,44,Rogol Dalam Negara,32,Rogol Luar Negara,35,Rompak,5,Rumah Tangga,387,Samseng,6,Samun,5,Sedih,20,Selebriti,8,Seram,8,Sesat,1,Sukan,156,Sukan Dalam Negara,17,Sukan Luar Negara,18,Sumbang Mahram,6,Video,706,Video Dalam Negara,88,Video Kantoi,47,Video Luar Negara,124,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Militan IS Arah Pengikut Remaja Sembelih Bukan Islam Di Sabah
Militan IS Arah Pengikut Remaja Sembelih Bukan Islam Di Sabah
Arahan untuk menyembelih orang bukan Islam itu, diberikan oleh seorang rakyat Malaysia yang berada di Syria
https://3.bp.blogspot.com/-_sOKdId8x24/V68ThZ5rgcI/AAAAAAAAOGQ/rX6MfLRDKJs9-uhb9Dd9w6CrdK3ZIQ6pwCLcB/s1600/Wartawan%2BJalanan.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-_sOKdId8x24/V68ThZ5rgcI/AAAAAAAAOGQ/rX6MfLRDKJs9-uhb9Dd9w6CrdK3ZIQ6pwCLcB/s72-c/Wartawan%2BJalanan.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/08/militan-is-arah-pengikut-remaja.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/08/militan-is-arah-pengikut-remaja.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy