Pelajar Dari Arab Jadikan Malaysia Sebagai Pusat Pelacuran.

Sehingga kini, pihak Polis telah memberkas 30 lagi pelacur asing
Perlaksanaan undang-undang yang longgar menyebabkan ramai gadis arab yang cantik meniaga body di Malaysia. Kalau di negara mereka hukuman yang mengerikan menakutkan mereka.Tetapi di Malaysia mereka bebas tayang body untuk berniaga.

Perniagaan maruah yang menguntungkan ini menyebabkan semakin ramai gadis-gadis cantik dari negara terbabit bekerja disini.

Gadis Asia Barat kini mula menjadikan Malaysia sebagai lokasi kegiatan pelacuran berikutan permintaan tinggi daripada pelancong asing dari rantau itu dan juga lelaki tempatan.

Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar apabila polis berjaya memberkas beberapa gadis Arab yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di sekitar ibu negara sejak awal tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan (gambar) berkata, kehadiran ramai pelancong Arab sejak kebelakangan ini telah menyebabkan permintaan terhadap pelacur asing terutama dari negara sama dengan mereka turut meningkat.

Beliau berkata, pelacur dari negara Asia Barat seperti Syria, Iran, Yemen dan Maghribi memilih Malaysia untuk mencari rezeki kerana kegiatan itu haram dilakukan di negara sendiri.

Pelacuran memang diharamkan di negara-negara Asia Barat yang majoriti penduduknya beragama Islam dan mengamalkan undang-undang hudud. Sesiapa ditangkap kerana melacur akan dijatuhi hukuman rejam sampai mati.

Sebab itu, gadis-gadis dari negara berkenaan memilih negara luar seperti Malaysia untuk melacur.

Menurut pihak Polis, pelacur dari negara Asia Barat tidak memerlukan sindiket untuk mengurus kemasukan dan operasi mereka di negara ini kerana mereka boleh bergerak sendiri mencari pelanggan.

Mereka biasanya datang sebagai pelancong atau menggunakan pas pelajar untuk memasuki negara ini.

Di negara ini, mereka akan mencari sendiri pelanggan di kalangan lelaki sebangsa yang ditemui semasa mengunjungi pusat-pusat hiburan atau pusat beli-belah.

Pelanggan utama kepada pelacur dari Asia Barat ini ialah jejaka Arab yang melancong ke negara ini tetapi ada juga lelaki tempatan yang mendapatkan perkhidmatan mereka kerana mahu merasai kelainan.

Menurut sumber, bayaran yang dikenakan oleh pelacur berkenaan juga lebih mahal berbanding wanita-wanita tempatan dan negara asing yang lain iaitu antara RM500 dan RM1,000.

Bagaimanapun, Polis menghadapi kesukaran untuk mengesan aktiviti pelacuran membabitkan wanita-wanita asing itu kerana mereka memasuki negara ini secara sah manakala usaha mendakwa mereka di mahkamah selepas ditangkap juga sukar jika tanpa bukti yang kukuh.

Menurut info dari Polis, tangkapan pertama membabitkan pelacur dari negara Asia Barat dibuat pada 19 Januari lalu melibatkan 19 gadis Syria, dua Iran dan seorang Yemen.

Sehingga kini, pihak Polis telah memberkas 30 lagi pelacur asing di sebuah kelab di Jalan Sultan Ismail. Selain gadis Uzbekistan terdapat juga pelacur dari Iran dan Maghribi.

Pemeriksaan mendapati mereka memiliki pas pelajar tetapi menyalahgunakan untuk melacur. Utara News

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.