Saya Ada Banyak Rahsia. Jangan Buat Saya Buka Mulut.

Bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said mengancam untuk keluar parti
Krisis Umno Terengganu semakin meruncing malam tadi apabila bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said mengancam untuk keluar parti dan bekerjasama dengan PAS, demikian menurut laporan.

Star Online malam tadi melaporkan Ahmad yang merupakan ADUN Kijal memberi kata dua kepada Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman supaya meletak jawatan.

Beliau dilaporkan memberitahu akhbar harian berbahasa Inggeris itu bahawa itu adalah respons beliau kepada menteri besar itu yang menyalahkan pemimpin terdahulu atas kegawatan politik di negeri itu sekarang.

"Saya ada banyak rahsia. Jangan buat saya buka mulut," lapor Star Online.

"Beliau (Ahmad Razif) bercakap mengenai prestasi saya dan bahawa kerana saya, kerajaan negeri hilang sebahagian besar kerusi semasa pilihan raya dan hanya menang tipis," Ahmad Said dipetik sebagai berkata.

Bekas menteri besar Terengganu itu dilaporkan berkata Ahmad Razif perlu tahu bahawa semasa ada usaha untuk menyingkirkannya (Ahmad Said), BN hampir pasti akan kalah kepada PAS, "dia tahu siapa yang menyelamatkan dan memberikan kemenangan."

Katanya, beliau boleh memecatkan Ahmad Razif ketika beliau berkuasa atas dakwaan sabotaj, tetapi tidak berbuat demikian.

Oleh itu, Ahmad Said berkata, sekiranya Ahmad Razif tidak meletak jawatan sekarang, beliau mungkin keluar Umno dan bekerjasama dengan PAS untuk membentuk kerajaan baru.

Kerajaan Umno Terengganu dilanda krisis pada 2014 apabila Ahmad Said dan dua ADUN lain meletak jawatan, dan mengurangkan majoriti 17 kerusi parti pemerintah, berbanding 15 kerusi Pakatan Rakyat.

Keruntuhan kerajaan negeri itu akhirnya dapat dielakkan dan ADUN Seberang Takir Ahmad Razif mengambil alih jawatan menteri besar. Star Online, 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.