Saya Tertipu!!! Ingatkan Kawan Saya Itu Perempuan Rupanya Lelaki.


Kuala Kubu Bharu: “Saya tertipu kerana menyangka kenalan itu perempuan sebaliknya lelaki,” kata Nur Fatihah Nabila Sabri, 16, yang kesal dengan tindakannya lari dari rumah pada awal pagi, 17 Julai lalu.

Menurutnya, orang yang baru dikenalinya melalui aplikasi sosial WeChat itu mengajaknya lari kononnya untuk menikmati kebebasan hidup di luar tanpa kongkongan ibu bapa.

Bagaimanapun, tindakannya membawa padah apabila menjadi mangsa culik.

“Saya keluar jam 3 pagi menaiki kereta dipandu lelaki itu yang datang mengambil saya di kawasan perumahan saya, dekat sini.

“Dia terus bawa saya ke sebuah hotel di bandar Rawang dan tinggal di situ sepanjang masa,” katanya. - Metro Harian
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.