Staff JPJ Kurang Ajar Ketika Proses Renew Roadtax Di JPJ Putrajaya.

Kena sound dengan staff JPJ
Staff JPJ Kurang Ajar
Buat pertama kalinya pergi ke JPJ Putrajaya Kena sound dengan staff JPJ yang kurang ajar.

Kisahnya aku sampai di JPJ Putrajaya nak renew roadtex, aku terus pergi jumpa sekurity "Assalammulaikum saya nak renew roadtex" sekurity terus bagi nombor 1180, nombor giliran aku dah cetak sebelum aku sampai, aku pun terus duduk di kerusi tunggu nombor aku di panggil.

Aku baru saja duduk sambil itu aku tengok dekat skrin yang ada paparan nombor giliran, aku tengok nombor 1180 dah naik, aku terus ke kaunter ada staff perempuan, dengan muka selamber saja minah itu sound aku " tadi nombor panggil encik tidur ke" kalau kau orang baca tak sama dengan mimik muka dan nada suara masa dia bercakap dengan aku.

Apa lagi! aku cakap balik "cakap baik-baiklah aku baru saja sampai sekurity depan itu bagi aku nombor ini".

Lepas itu minah ini buat muka minta maaf pun taknak, aku malas nak panjangkan cerita, aku capai handphone ambil gambar minah ini untuk aku panjangkan dalam Facebook agar tak ada orang lain senasib dengan aku.

PESANAN:

Kepada pihak JPJ dan Kementerian Pengangkutan yang berkenaan sila ambil perhatian.

Dan pada kau orang yang nak berurusan dengan JPJ Putrajaya, sila berhati-hati dengan minah ini, mulut celupar sampai tak reti nak hormat pelanggan.

Aku nak pesan dengan staff JPJ Putrajaya seekor ini, gaji kau itu kami rakyat Malaysia yang bayar, jangan nak belagak sangat lah, kerja itu biar ikhlas sikit, berkat ke gaji kau itu untuk bagi makan mak bapa dekat kampung.-Berita Premium

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.