Suka Melawan Cakap Dan Maki Maknya, Lidah Gadis Ini Terputus Dalam Kemalangan.
Sungguh Allah Dan Rasulnya telah mengigatkan kita untuk
tidak meninggikan suara kepada kedua orang tua, dengan kata lain seorang anak
harus memenuhi perintah ibu bapanya selama bukan bertujuan maksiat.
Pernah berlaku dalam satu kejadian dimana seorang perempuan
yang enggan untuk menuruti perintah ibunya setelah berjaya dalam hidup terputus
lidah dalam satu kemalangan.
Kisahnya bermula dari si ibu yang sudah tua meminta untuk di
hantar ke pasar menaiki kereta baru anaknya, namun si anak menolak dengan
alasan sibuk kerja.
Dalam beberapa jam si ibu kemudian meminta tolong semula
kepada anaknya untuk menghantarkannya kepasar namun si anak masih berkeras hati
sehingga meninggikan suara pada ibunya.
Selang beberapa hari si ibu meminta tolong, si anak menjawab
dengan nada yang membuatkan si ibu menangis.
Ketika si anak keluar dalam perjalanan ke tempat kerja, hati
si anak masih membuak-buak marahkan si ibunya sampai dia menggigit gigit
lidahnya, tanpa sedar, dia tidak melihat bonggol di hadapan dan terus melanggar
sebuah kereta yang tepat berada
didepatnya.
Akibat dari pelanggaran itu dia tergigit lidahnya ditambah
lagi dengan dagunya yang terhantuk pada stereng kereta hingga mengakibatkan
lidahnya terputus.
Dia dikejarkan ke hospital Ketika dalam perjalanan dia
menjerit kesakitan dan tiba-tiba perkataan yang dia maki kepada ibunya
teringat-ingat di hatinya, teringat semua kembali dengan apa yang dia katakan.
Dalam jagaan pihak hospital hatinya mulai merasa bersalah,
kini dia tidak mampu makan dan minum jauh lagi untuk bercakap memohon maaf dan
minta ampun.
Ibunya yang datang melihatnya, memanggil si anak namun sudah
tidak menjawab, hanya linangan air mata yang keluar sebagai jawaban dan dia pun
menghulurkan sehelai kertas yang bertulisan
“sakit lidahku terputus tidak sesakit hatimu ibu, maafkan
aku anakmu, saya berjanji akan membayar kesalahanku pada ibu. wassalam
anakmu”si ibu kemudian terus memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang.
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustad dalam sebuah
ceramah agama bertajuk “dosa berkata ah kepada ibu”.semoga kongsian ini menjadi
pengajaran kepada semua.
Ulasan
Catat Ulasan