Tarbiah Sentap!!! "Nasihat Yang Jarang-Jarang Didengari Di Akhir Zaman" Poligami Takut Bini Taqwa Islami
Sebenarnya, 'Cemburu' itu hak suami tapi bukan hak isteri,
isteri tidak boleh cemburu sekiranya suaminya ingin berpoligami seperti
tuntutan sunnah (hal ketentuan agama). Isteri hanya boleh sikit cemburu dalam
hal-hal yang tiada punya pertalian dengan hukum hakam agama.
Poligami adalah hal hukum yang telah dihalalkan Allah SWT.
Maka apakah layak seorang 'wanita' berlaku cemburu atas hukum "Ketetapan
Allah" ? Beraninya kamu cemburu atas "Hukum Allah?" Wahai kaum
hawa, bertakwalah kamu!
POLIGAMI MELUKAKAN HATI
Poligami akan membuat hati isteri sedikit terluka dan 'sakit
hati, tetapi kamu (kaum wanita) akan dianggap 'zalim' apabila membiarkan
'wanita' lanjut usia yg lain (andartu) terluka hati bilamana masih tidak
mempunyai suami sepertimu?
Siapakah yang lebih 'terluka hati' ? Kamu atau mereka yang
'andartu?'. Kamu yang mendapat 'adik baru' (madu) lebih terluka, atau seorang
wanita yang berhajat mempunyai suami tetapi hajat itu tidak kesampaian bilamana
kamu menghalangi mereka dari berumahtangga dengan suamimu? Kan itu namanya
sebuah kezaliman? Mereka yang andartu itu lebih "terluka hati" dengan
gelaran orang "Anak Dara Tua Lanjut Usia!"
Kamu tidak beri mereka menikahi suamimu, tapi bagaimana
perasaanmu jika Andartu itu adalah "diri kamu sendiri??" Masa tu
barulah kamu pula tergedik gedik nak mencari pasangan dari suami orang atas
sebab peluang 'andartu' mendapat yang bujang adalah sangat tipis (pasangan
sebaya).
Wahai kaum Hawa! Janganlah begitu Tamak atas suamimu itu!
Mereka bukan milikmu selamanya, dan jika kamu engkar menderhaka atas 'hajat'
kehendak suamimu, ingatlah bahawa suamimu itu akan menjadi hak milik para
Bidadari di syurga, sedangkan nasibmu dipinggir-pinggir kawah jahanam bilamana
kamu menjadi penentang hukum Allah.
Izinkanlah suami suamimu yang berkemampuan agar mereka
berpoligami .. berilah peluang adik adik madumu yang 'masih bujang' merasai
'kebahagiaan' yang telah Allah beri kamu rasai sebelum ini. Janganlah berlaku
tamak atas 'barang' yang bukan milikmu selamanya, suamimu itu adalah
"pinjaman Allah" yang sementara buatmu.
POLIGAMI ITU ADALAH JIHAD FISSABILILLAH
Redha Allah atasmu bilamana kamu membenarkan para suami
berjihad berpoligami dijalan Allah! Poligami itu adalah sebuah JIHAD terbesar
diakhir zaman, maka bantulah para suamimu untuk jihad memerangi maksiat.
Bilamana ramai wanita lanjut usia dinikahi, demi Allah
maksiat umat terhadap Allah di atas mukabumi ini akan merendah dan berkurangan
- demi Allah!
POLIGAMI DIANGGAP BERDOSA
Selagi mana Poligami masih dianggap suatu 'dosa' oleh kaum
hawa, maka selagi itulah maksiat dari kaum hawa akan terus 'bertebaran' melata
di atas bumi Allah ini! Kita dapat 'menyaksikan' "segala" kejahatan
kaum hawa itu! Itulah kesannya jika poligami masih dipandang sepi di akhir
zaman ini!
Maksiat bertebaran atas umat islam bilamana hukum Allah
diremehkan. Hudud ditolak! Poligami ditentang! Kesannya umat umat muslim 'awam'
semakin menjadi jahat bilamana Hukum Agama Allah tidak dapat ditegakkan atas
umat manusia yang telah hilang 'pedoman' agama yang tulen.
TIDAK KAWIN KUNCI MAKSIAT KAUM HAWA
Jika berlaku kemaksiatan atas wanita wanita bujang lanjut
usia, maka dosanya akan ditanggung oleh para isteri isteri
"penentang" hukum Allah (poligami). Mereka menjadi jahat dengan
bermaksiat dengan Allah atas kerana kamu tidak membenarkan para suamimu
dinikahi oleh mereka yang masih bujang masak ranum.
POLIGAMI ITU PENUTUP PINTU ZINA
Penikahan dan Poligami itu adalah peng'reduce maksiat umat
Islam! Kalaulah tidak atas kerana kemaksiatan para hamba hamba Allah yang
Islam, nescaya umat manusia tidak diwajibkan untuk bernikah @ poligami. Tapi ia
diwajibkan (pada yang 'berhajat') bagi menutup segala pintu-pintu Iblis ke
lorong kemaksiatan kepada Allah.
IBLIS & SYAITAN ANTI POLIGAMI
Iblis suka ramai wanita wanita tidak berkahwin, maka dengan
jalan ini Iblis dan Syaitan mudah menghasud agar kamu @ kaum hawa berbuatan
dosa dan noda terhadap Allah SWT. Iblis dan Syaitan itu adalah Penentang No
Satu Poligami - Mereka tidak suka umat Islam menikah, maka tertutuplah pintu
maksiat terbesar atas para hamba hamba Allah! Ingatlah apa yang berlaku atas
Adam & Hawa di syurga? Angkara siapa?
WANITA LEBIH RAMAI DARI LELAKI
Apa yang kamu faham dengan Nisbah angka 40 Wanita Bujang
dibandingkan dengan 1 Pria Bujang di tanah melayu ini? Hanya 1 wanita sahaja
dari 40 yang layak 'mempunyai' suami ?? 😱.. Maka apa yang akan
berlaku dengan 39 wanita lain yang bujang terlajak? Dan dari 39 itu, berapa
ramaikah pula yang mampu menjaga & mempertahankan kehormatan diri mereka
dari terjebak ke lembah maksiat yang dikutuki Allah?!
Apakah kamu faham apa yang saya sampaikan ini? Dan apa yang
kamu faham tentang nisbah 9 nafsu wanita berbanding dengan 1 akalnya?? Apa
kaitannya terlajak 'bujang' dengan nisbah nafsu yang 9 itu?
POLIGAMI JALAN KELUAR BAGI KRISIS 'ANDARTU'
Atas kerana itulah POLIGAMI di akhir zaman ini yang mana
pada asalnya hukumnya 'sunat'(Sunnah) akan menjadi sunnah yang wajib!
Dengan Poligami itu, kaum Adam (Khalifah Allah) mampu
me'reduce kemaksiatan dikalangan kaum hawa (namapun dah "hawa
nafsu"), Allah SWT menghalalkan pernikahan dan poligami atas kerana untuk
menjauhi para hamba-hamba-Nya dari terjebak kelembah kemaksiatan!! Itulah Kunci
utama yang perlu kamu fahami mengapa umat islam perlukan hukum Poligami ini..
ia adalah "Penawar" bagi dosa dan noda umat di akhir zaman.
Rasulullah tinggalkan kita 'Penawar' bagi penyakit kemaksiatan di akhir zaman.
TAPI MENGAPA KAMU 'MASIH' BUAT-BUAT TIDAK 'FAHAM' TENTANGNYA?
APA ITU UBAT MAKSIAT DI AKHIR ZAMAN
Zina dan Onani itu adalah suatu "jenayah" di dalam
agama Allah. Ia dikutuk dan dilaknati Allah SWT atas setiap pelakunya. Maka
jalan keluarnya adalah pernikahan yang halal dan "POLIGAMI". Jika
tiada poligami, maka jumlah wanta bujang terlajak semakin ramai. Peluang mereka
mendapat suami semakin 'susut' jika tiadanya hukum Poligami ini.
Rasulullah menikahi lebih dari 4 orang wanita bukan atas
kerana Baginda tinggi nafsu (*seperti tuduhan kaum kafir), tetapi Baginda
berpoligami dengan isteri isteri yang kematian suaminya (syahid perang) demi
meringankan 'beban jiwa' & batin buat para isteri isteri yang 'solehah'
yang kehilangan tempat bergantung! Rasulullah SAW berpoligami demi 'menutup'
kemaksiatan yang 'terbuka' dihadapan wanita wanita yang tidak mempunyai suami.
Hal itulah yang harus kamu fahami.
UMAT TAMPA PEDOMAN & NASIHAT
Apa lagi jika kamu berada pada zaman di mana Rasululah SUDAH
TIADA dan NABI-NABI PUN SUDAH TIADA INI! Kamu akan hilang pedoman jika mengikut
suatu hatimu (menjadi para penentang Poligami secara "senyap".
JANGAN JADI PARA ALIM YANG DAYUS
Suami yang ingin beristeri lagi tetapi Takut pada isterinya,
dia mungkin menjadi lelaki dayus di sisi Allah sekalipun dia seorang alim
agama, sedangkan seorang alim agama yang tulen tidak akan "Takut"
kepada sesiapa selain Allah demi menegakkan hukum-Nya @ Sunnah demi kebaikan
umat Islam.
PENYAKIT 'TAKUT ISTERI'
Rasulullah SAW sendiri menyatakan 14000 tahun silam akan
penyakit-penyakit umat islam diakhir zaman. Salah satunya ; "Penyakit
Lemah Iman" dan satu lagi adalah "Penyakit Takut
Isteri"(*telinga berdesing - Rasulullah sedang memanggil) .. para suami
mengabaikan ibu sendiri atas sebab demi menjaga hati si isteri takut bini hinggakan ibu ayah sendiri terabai
di kampung halaman.
NASIHAT TERAKHIR BUAT KAUM HAWA BERIMAN
Note : Buat kamu Hawa, dengarlah nasihatku ini. Sekalipun
kamu tidak suka dimadukan. TETAPI jangan kamu menjadi salah seorang dari para
Penentang Poligami. Jadilah seorang muslimah yang mendengar dan taat segala
perintah hukum Allah yang diamanahkan ke atasmu.
Sekarang ini terdapatnya sebilangan Ustazah yang menjadi
menentang secara "halus" poligami.. Yang sebenar-benarnya, ustazah ni
juga 'takut' sekiranya suaminya menambah 'adik baru', maka ditakut takutkan
bagi suami yang ingin berpoligami ini. Mereka meremeh remehkan kaum Adam dengan
perkataan tajam yang menyakitkan hati.
Koleksi Ucapan para Ustazah2 di TV :
Semua ini kata kata yang tidak mendorong ke arah keimanan
dan ketakwaan kepada Allah.
Bila bab kawin, baru nak ikut sunnah?"
Seorang isteri pun tak mampu nak tanggung, inikan 2?
Belanja dapur pun minta duit isteri, ada hati nak kawin
lagi?
Wahai kamu Adam, janganlah ikutkan hawa Nafsu"
Poligami itu tidak termasuk sunnah!"
Kerjapun kilang dan sekurity, gaji tak seberapa tapi ada
hati nak buka cawangan? Sedar diri tu sikit!" .... (*ermmm.. Nabi kerja
apa? Berapa isteri Nabi Wahai ustazah?)
Poligami itu bukanlah hal untuk bersuka suka, melainkan
untuk mengelakkan umat dari jatuh ke lembah maksiat selain meramaikan 'umat
islam' sebab Rasulullah suka umatnya ramai dan suka umat islam yang mempunyai
anak yang ramai.
NASIHAT BUAT PARA SUAMI YANG BERIMAN :
Jika kamu berkemampuan kewangannya, dan baik agamanya yang
bisa memimpin & membimbing umat, maka apa salahnya jika kamu cuba cuba
memasang niat menambah 'adik baru' ... kasihanilah 'mereka-mereka' yang masih
tidak mempunyai suami di luar sana.
Jika kamu menutup hati atas Poligami, bermakna kamu telah
menutup ruang 'wanita wanita' bujang di luar sana untuk memilikimu dan
menumpang kasih sayang daripadamu. Mereka jadi "bujang terlajak" atas
kerana kamu Taboo kepada Poligami, padahal ia telah Allah halalkan atas kaum
Adam.
Kamu telah ditakut-takutkan dimomokkan agar kamu menjauhi
"Poligami" ini kaum hawa, semua itu adalah bisikan bisikan syaitan
agar manusia terjebak ke lembah yang dimurkai Allah.
JADILAH UMAT MUSLIM YANG "TAAT HUKUM"
"Jika kamu taat perintah Allah & Rasul, maka
pandanglah Poligami itu sebagai suatu yang "BAIK" dan
"MULIA" tapi bukan suatu yang harus ditakuti dan dijauhi.
SEKOLAH TAKWA BAGI KAUM HAWA
Hanya dengan poligami sahaja isteri isteri beriman akan
bertambah menjadi "lebih baik"... Poligami itu sebenarnya adalah
"SEKOLAH IMAN & TAKWA" buat kaum Hawa.
Hanya dengan poligami sahaja dapat diuji sejauh mana
tingginya keimanan 'seorang isteri' yang muslimah atas segala ketentuan hukum
Allah SWT. wassalam.
P/S : Maaf pada yang
terguris hati & 'rasa'... tapi tidaklah kami berbicara mengikut kehendak
rasa, kecuali semua itu adalah kehendak Allah agar kami menyampaikan hal
'Kebenaran' yang HAQ dari ajaran agama Islam silam - Ampun maaf pada kaum Hawa
yang tersinggu.
Ulasan
Catat Ulasan