Video Penyampai TV New Zealand Tak Tahan Ketawa Dengar Kes Rakyat Malaysia Rizalman.

Penyampai TV New Zealand Tak Tahan Ketawa
Seorang penyampai TV New Zealand tidak dapat menahan ketawa ketika menyampaikan laporan mengenai bekas Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail yang didapati bersalah melakukan serangan sumbang.

Hilary Barry, yang bertugas dengan 3 News, tidak dapat menahan ketawa selepas membaca frasa ‘tidak tahan untuk membuang air besar’, alasan yang diberikan oleh Rizalman semasa perbicaraannya di Mahkamah Tinggi Wellington.

Menurut The Huffington Post, kejadian itu berlaku ketika segmen mengenai Rizalman muncul di mana frasa tersebut perlu dibacakan.

Skrip yang ditulis oleh wartawan Emily Cooper itu berbunyi:

“Muhammad Rizalman yang telah mencemarkan kerjayanya selama dua dekad dalam tentera Malaysia, hari ini (4 Feb) akan dihukum kerana melakukan seranngan tidak senonoh. Pada bulan November, dia mengaku mengekori Tania Billingsley yang pada ketika itu berusia 21 tahun pulang ke rumahnya.

“Dia berkata dia ‘tidak tahan untuk membuang air besar’ dan perlu menggunakan tandas, tetapi hakim dalam kes itu mendapati dia mempunyai motif seksual.”

Ketika itulah Barry tergelak dan berkali-kali mengulangi ayat ‘tidak tahan untuk membuang air besar’.

“Saya fikir saya sendiri pun ada rasa itu,” katanya bergurau, sambil mengelap air matanya.

Malang bagi pembaca berita itu apabila cerita seterusnya adalah satu berita serius dan dia sukar untuk mengubah situasi apabila perlu melaporkan satu letupan bom terhadap kapal terbang di Somalia.

Pada akhir siaran dia berkata, “Hari ini mungkin boleh menjadi hari saya kehilangan pekerjaan…”

Mahkamah Tinggi di Wellington menjatuhkan hukuman sembilan bulan tahanan rumah terhadap Rizalman pada Khamis. Sumber: Mstar, terbakor.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.