VIDEO - Sebelum Dan Selepas Berhutang Yang Menjadi Viral Di Media Sosial


Kisah video hutang yang mula tersebar di media sosial, menurut pengadu Azza Maya yang telah memberi pinjam kepada seorang lelaki yang juga saudaranya masih belum ada jalan penyelesaian.

Video pertama bertarikh 31 Mac 2016 lebih kurang pukul 1.30 petang. Azmi Majid datang rumah saya dan penyerahan duit berlaku. dalam video tersebut jelas dia terima duit dan berjanji akan bayar secepat yang boleh...tapi lepas terima duit tak pernah update apa-apa. kalau tak tanya. dia diam bila tanya baru jawab.. itu pun InsyaAllah.

Video ke 2 pula...pada 1hb Ogos 2016 lepas report dibuat saya kerumah dia, pun janji yang sama, siap cakap nak selesai kat balai, bila sampai dibalai dia tak mau berhadapan dengan saya, kononnya dia cakap dengan pegawai polis dia akan sign aggreement bila dia datang petang dengan lawyer, saya tunggu sampai sekarang, bayang pun tak nampak, call dah tak dapat. saya tunggu tindakan susulan..
 Korang boleh nilai sendiri macam mana orang penghutang ini layan sebelum dan selepas berhutang


Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.