Wanita Kongsi Kisah Ditipu Lelaki Nigeria Hingga Serah Maruah Diri
Saya berhubung dengan bekas kekasih lelaki Nigeria, ‘Jun’
melalui telefon awal hari ini. Dia kedengaran mesra dan saya percaya Jun
meluahkan perasannya dari hati tulus ikhlas.
“Kita kongsikan kisah ini bersama masyarakat agar gadis
tempatan di luar sana yang masih dibelenggu cengkaman lelaki Nigeria mampu
tersedar akan kesilapan yang sedang mereka lakukan,” ujar saya. Jun bersetuju.
Saya berjanji dengan gadis yang dilahirkan dalam keluarga
berada itu untuk tidak mendedahkan identitinya.
“Saya dan Charles berjumpa di laman sembang IMPU pada tahun
2010. Dari situ kami kemudian berhubung melalui Yahoo Messanger. Selepas itu,
Charles beralih ke akaun Facebook. Saya lihat ketika itu dia hanya menggunakan
gambar avatar kartun sahaja,” ujar Jun.
Berikutan pujuk rayu dan godaan Charles, pada Oktober 2010,
Jun membuat keputusan berkunjung ke apartment yang disewa oleh lelaki Nigeria
terbabit di Puchong, Selangor.
“Waktu itu dia tinggal berseorangan, apartment disewa dengan
harga RM1,250 sebulan. Charles memberitahu saya, ayahnya sudah lama meninggal
dunia akibat kegagalan buah pinggang berfungsi. Manakala ibunya seorang
professor dan dia anak ke 3 dari 7 beradik.
Saya pernah bertanya, mengapa dia datang ke Malaysia?
Charles kemudian berkongsi kisah sedih yang terpaksa dia lalui.
Dia mendakwa keluarga ayahnya kaya namun selepas ayahnya
meninggal dunia, dia dan adik-beradik hanya dibesarkan oleh ibu mereka kerana
telah diketepikan oleh keluarga ayahnya. Namun akibat hasad dengki, ahli
keluarga ayahnya didakwa cuba menggunakan ilmu hitam, vodoo, terhadap dirinya.
Berikutan itu Charles terpaksa melarikan diri.
Katanya, dia datang ke Malaysia hanya berbekalkan wang tunai
200 US Dollar sahaja. Saya dilahirkan dalam keluarga senang dan memang sifat
saya terlalu cepat berasa simpati apabila mendengar kisah sedih yang
diceritakan kepada saya,” kata Jun.
Tambah Jun, dia pernah melihat gambar ibu Charles dan wanita
itu juga pernah menghubungi anaknya beberapa kali ketika dia keluar bersama
bekas kekasihnya itu.
“Kalau dia melarikan diri ke Malaysia, bagaimanakah Charles
berpeluang menuntut di kolej di Puchong?,” soal saya.
“Satu hari dia berjalan di Kota Raya, Kuala Lumpur dan
mendakwa ada orang bertanya hendak belajar ke tidak? Dia kata dia telah ditipu
semasa memasuki kolej itu.
Dia terpaksa berjalan kaki dan menumpang di rumah kenalan.
Cerita itu membuatkan saya berasa lebih simpati kerana mendengar kisah orang
berada dalam kesusahan. I felt terrible for him.
Charles memaklumkan kepada saya bahawa dia mengambil jurusan
teknologi maklumat, IT. Pada awalnya, dia mendakwa berasal dari Bahamas tetapi
di kad pelajar mencatatkan dia warga Nigeria,” kata gadis itu lagi.
Menurut Jun, Charles fasih berbahasa Inggeris tetapi jika
bersama rakan, mereka berkomunikasi dalam bahasa ibunda, Ibbo.
“Antara ayat yang digunakan oleh Charles paling awak suka
dengar?,” tanya saya.
“Dia selalu menghantar pesanan ringkas di awal pagi, baby I
will dream of you in my sleep tonight and hopefully that you will be safe out
there, I love you always. Dia selalu cakap, no matter what, I am in this with
you forever. Dia juga berjanji untuk mengahwini saya,” jelas gadis berusia 30
tahun itu.
“Berapa lama selepas berjumpa, dia mula berjanji akan
mengahwini awak?,” soal saya lagi.
“Selepas seminggu sahaja. Dia tahu saya suka memasak dan dia
memuji saya kerana pandai memasak. Charles juga selalu memasakkan makanan untuk
saya ketika berada di rumah dia.
Keluarga saya memang tidak mengetahui perhubungan kami.
Tetapi kemudian kakak saya terjumpa gambar kami berdua dan my sister called me
stupid sebab dia kata lelaki Nigeria tidak boleh dipercayai, tujuan mereka
hanya untuk menagih wang, kegembiraan dan seks,” terangnya.
“Your sister is right,” celah saya.
Menurut Jun, dia telah menyerahkan ribuan ringgit wang
pinjaman pelajarannya kepada Charles.
“Kalau kami keluar membeli barangan dapur bersama, dia tidak
pernah memberitahu saya sama ada duit dibawa mencukupi atau tidak tetapi
apabila sampai di kaunter juruwang, tiba-tiba duit tidak mencukupi, dia akan
meminta saya menjelaskan bayaran lebihan. Sampai sekarang, dia masih berhutang
dengan saya lagi,” kata Jun.
Ternyata beberapa artikel hasil tulisan saya berhubung
lelaki Nigeria di blog ini memberikan kesan kepada tindakan dan fikirannya.
“Bila saya terbaca artikel di mazidulakmal.com dan berita di
akhbar, saya mula bercerita hal ini dengan teman baik saya, berkebetulan ayah
dia pegawai polis di Bukit Aman dan dia menyakinkan, saya telah ditipu. Saya
mula tersedar.
Saya membaca blog bermula Jun 2011 dan setiap kali membaca,
saya berada di dalam state of denial.
Kekadang ada masanya, Charles menyuruh saya menghantar dia
kekelas dan pernah dia meminta saya membawa dia ke kolej di Nilai, Negeri
Sembilan, kononnya ke sana untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pensyarah
berhubung thesis dia.
Bila saya bertanya dia mengambil degree, master atau Phd?
Dia hanya berkata, IT,” jelas Jun.
“Sepanjang perhubungan selama setahun dua bulan itu, pernah
awak rasa dicurangi?”
Soalan itu saya kemukakan.
“Pernah saya menelefon dia, katanya tidak berada di rumah.
Apabila saya berkunjung ke apartment dia sehari kemudian, saya terjumpa
toilteries, baju perempuan, tuala tetapi bukan milik saya, rambut panjang
sedangkan rambut saya pendek pada ketika itu. Bilik pula bersepah.
Bila saya bertanya mengenai semua barangan ditemui, dia naik
angin, meluru keluar bilik dan menumbuk barangan di dalam rumah.
Tetapi dia tidak pernah memukul saya, selalunya hanya
memberikan amaran supaya saya tidak mengambil tahu dengan siapa dia berkawan.
Jangan sesekali mengusik barangan di rumah dia dan menyentuh telefon bimbit dia
,” ujar Jun.
“Pernah terjumpa kondom terpakai?,” tanya saya.
“Banyak sangat, kondom tidak terpakai banyak dalam simpanan
dia. Kondom terpakai di dalam bakul sampah,” jelasnya.
Tambah Jun, apartment 3 bilik dihuni oleh Charles itu
dilengkapi peti ais besar dan televisyen berskrin besar.
“Menariknya, selepas lima bulan saya bertemu dia, masuk
seorang rakan serumah dia, kononya pelajar tetapi berusia 39 tahun dan tidak
pernah pergi ke kelas,” kata Jun.
“Saya tidak mahu tahu tentang perincian kerana mungkin
terlalu peribadi. Bilakah awak mula mengadakan hubungan seks dengan Charles?,”
tanya saya.
“Hujung November 2010. Kami berjumpa Oktober, mula bersembang
di laman sosial pada pertengahan November dan kemudian perhubungan menjadi
semakin serius,” ujarnya.
“Adakah hubungan itu kerana duit atau seks? Seperkara lagi,
adakah lelaki Nigeria ini memang pandai membelai wanita tempatan sebelum dan
selepas seks?”
Berat rasanya untuk saya mengemukakan soalan itu.
“Dia tidak boleh mendapatkan duit banyak daripada saya.
Pasal soalan kedua itu, yes! It is true. They really treat you like a queen.
Sebelum mengadakan hubungan seks, Charles membelikan saya barangan, melayan
dengan baik, membawa saya keluar makan dan kemudian memberikan urutan kaki.
Bila dia membawa saya balik ke rumah, dia akan mengurut
tubuh saya. Memandangkan saya tidak pernah dilayan sebegitu, seks menjadi satu
ketagihan. Dia bijak menyentuh bahagian tubuh dan tahu titik kelemahan wanita
sekaligus membuatkan saya berasa khayal.
Kalau kita kata jangan, dia akan berhenti dan kemudian
memujuk kembali sehingga dia berjaya. Untuk pertama kali, saya tahu, apa saya
lakukan salah tetapi dia membuat saya berasa selesa. Baby, this is a way how to
experiance life and normal for adults and you are a woman now,” terang Jun
tanpa ragu.
“Itu kali pertama awak mengadakan hubungan seks?,” soal
saya.
“Ya,” balasnya ringkas.
Tambah Jun, bekas teman lelakinya itu peminum arak.
“Apabila saya katakan kepada dia, saya tidak minum (arak),
untuk mengambil hati saya, dia mengeluarkan semua tin alkohol di dalam peti ais
dan buang. Dia kemudian berkata, I don’t drink anymore because of you baby,”
katanya.
“Awak memang berasa yakin Charles mempunyai teman wanita
lain?,” soal saya.
“Gadis Cina dan dia juga berjumpa dengan gadis lain di luar.
Saya percaya gadis Cina itu sering datang ke rumah Charles terutama pada hujung
minggu. Dia juga menjalinkan hubungan dengan gadis orang asli berasal dari
Lembah Pongsun, Hulu Langat, Selangor. Umur dia 29 tahun dan saya yakin dia
bekerja.
Menurut Charles bil internet Maxis dia lebih murah kalau
menggunakan nama rakyat tempatan, nama gadis orang asli itu. Dia pada awalnya
mendakwa, gadis itu teman wanita rakan lelaki dia,” jelasnya.
Charles mula memasuki negara ini pada tahun 2005 dan terkini
memaklumkan Jun, dia tidak mempunyai wang mencukupi untuk membiayai kos pulang
semula ke negara asal. Selama kira-kira 7 tahun berada di Malaysia dia mendakwa
menyara kehidupan dengan menjual barangan kenderaan.
“Dia pernah beberapa kali bertanya kepada saya, bagaimanakah
cara untuk ke Pulau Pinang dan kemudian menaiki bas ke utara,” celah Jun.
Tambah Jun, gadis Cina menjadi teman lelaki Nigeria lebih
kerap ditemuinya.
“Kalau lelaki Nigeria keluar dengan wanita tempatan, tujuan
mereka hanya menagih wang dan seks. Sewaktu bertemu dengan rakan Charles, gadis
tempatan, majoriti mereka berusia di antara 25 dan 42 tahun, lewat berkahwin
atau janda, ramai berbangsa Cina tetapi saya dilarang untuk bertemu dengan
mereka.
Jika menghadiri majlis seperti sambutan hari ulang tahun
kelahiran rakan dia, saya tidak begitu bergaul,” jelas Jun.
Jun dikatakan pernah dijemput oleh Charles untuk merayakan
Krismas di Nigeria tetapi ditolaknya. Perbualan kami kemudian dirumuskan dengan
kenyataan berikut.
“Lelaki Nigeria sebenarnya memburu gadis tempatan
berkerjaya, mesti memiliki kenderaan dan tidak bergantung hidup kepada sesiapa.
Menurut mereka, wanita berusia lebih dewasa dan tidak berperangai
kebudak-budakkan.
Jelasnya, lelaki Nigeria berupaya membuatkan kita berasa
amat dihargai. Mereka tahu bila waktu tepat untuk menghubungi kita atau tidak.
Sentiasa berada di sisi, apabila kita dilanda keresahan dan amat mengambil
berat tentang diri kita, caring”
Ulasan
Catat Ulasan