11 Jenis Mimpi Bersetubuh Dan Maksut Mimpi Tersebut.
Ramai orang berkata mimpi adalah mainan tidur dan berkata
kadang-kadang mimpi adalah salah satu tanda awal atau kelanjutan apa yang
berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Tidak sedikit sebenarnya orang yang menjadikan mimpi sebagai
teori meramal apa yang berlaku di hari akan datang.
Merujuk kepada tajuk ‘mimpi tentang bersetubuh” tentu setiap
orang mengalami pekara ini terutamanya remaja yang baru akil baligh alam dewasa.
Dalam mimpi bersetubuh ada bermacam-macam jenis, ada yang
bermimpi bersetubuh dengan rakan, artis, pasangan curang, kena rogol, bahkan
bersetubuh dengan saudara kandung, dan lain lain.
Dr.Susan Block, adalah Seorang pakar pernah mengeluarkan
teori yang mengatakan ”walaupun seluruh badan kita rehat ketika tidur tidak
bermakna nafsu anda juga berehat.
Mimpi adalah suatu alam dimana kita berada di dalamnya
dengan keadaan separuh sedar untuk mengeluarkan apa yang sedang membelenggu
hidup kita.
Tidak semua mimpi seks pertanda retaknya sebuah hubungan ia
lebih menjurus kepada masalah keinginan dan harapan dalam kehidupan.
Untuk selanjutnya Berikut Adalah 11 Jenis Mimpi Bersetubuh
Dan Maknanya.
1.Mimpi bersetubuh dengan bekas kekasih, suami atau isteri.
Bermimpi kepada bekas orang yang di sayang sebenarnya bukan
bermakna anda masih mempunyai peluang dalam perbaikan dalam hubungan.
Jika anda telahpun berkahwin semula dan bermimpi dengan bekas
kekasih itu tandanya anda takut hubungan rumah tangga baru anda mengalami nasib
sama dengan yang sebelumnya.
Mimpi ini boleh juga di tafsirkan ada sesuatu perasaan yang
belum sempat anda luahkan kepada bekas isteri suami atau kekasih anda, seperti
meminta maaf secara ikhlas
2.Mimpi bersetubuh dengan kenalan
Mimpi ini tidak bermakna kenalan baru adalah jodoh anda,
hanya saja mungkin anda terlalu kagum dengan ciri-ciri yang terdapat pada
kenalan baru tersebut.
Sikap kagum anda menunjukkan anda ingin memiliki ciri-ciri
tersebut, sama ada untuk diri anda sendiri atau kepada pasangan anda.
3.Mimpi bersetubuh dengan saudara kandung
Mimpi yang dikategorikan mimpi buruk dan menjijikkan ini
jarang di alami oleh individu tapi kadang kadang ia berlaku Bila sudah teruk,
Tapi jangan risau, Jenis mimpi ini sebenarnya khusus buat
orang yang merajuk. makna mimpi ini adalah menunjukkan bawah saudara kandung
anda merindui dan mahu anda dekat dengannya serta mahu anda meminta maaf
padanya atas kesalahan yang anda buat.
4.Mimpi bersetubuh dengan lawan sejenis.
Mimpi dengan lawan sejenis”homoseksual, lesbian” adalah
berkait rapat dengan keyakinan diri anda.
Bergantung bagaimana mimpi tersebut berlaku, selalunya mimpi
hubungan sejenis adalah tentang menerima bahagian tubuh anda yang berasa kurang
puas hati biasanya berlaku pada saiz zakar dan payudara.
Akan tetapi mimpi hubungan sejenis kepada rakan karib boleh
di tafsirkan adanya perselisihan antara anda dan rakan, boleh juga sebagai
adanya sesuatu yang sangat anda miliki terdapat pada rakan anda.
Jangan risau mimpi ini tidak bermakna anda seorang gay atau
lesbian.
5.Mimpi bersetubuh dengan artis.
Walaupun anda memintai artis tersebut, hingga terlintas
dalam fikiran kotor untuk bersetubuh dengan beliau, mimpi bersetubuh dengan
artis sebenarnya lebih dari itu.
Ia lebih kepada keinginan untuk menjadi popular, kaya dan
sama halnya seperti seorang artis, Jika anda mengalami mimpi seperti ini jangan
berangan nak jadi kekasih artis konon memiliki pertanda jodoh kuat dari mimpi.
6.Mimpi bersetubuh dengan bos
Jenis mimpi ini sama sekali tidak bermakna anda meminati
bos, atau benar-benar ingin melakukan hubungan seks dengan beliau dari perasaan
anda yang ragu-ragu sebelum ini.
Ia lebih cenderung kepada rasa ingin tahu keperibadian bos
dan mahu rapat dengannya, boleh juga situasi di tempat kerja dimana anda
merasakan tidak setuju dengan idea bos tapi dipendam kerana takut.
Boleh juga di tafsirkan, anda merasa jauh tertinggal dengan
stail idea yang bos anda miliki dan mahu rapat dan disenangi oleh bos, faktor
ini menjurus kepada mimpi bersetubuh..
7.Mimpi bersetubuh di tempat awam.
Biasanya mimpi ini akan datang apabila ada ahli keluarga
rakan atau tempat sekerja membuat fitnah atau memberikan komen pedas dan
mendedahkan keburukan anda kepada umum.
8.Mimpi Kena rogol
Mimpi kena rogol, cabul sebenarnya tidak memberi masalah
yang besar yang mungkin anda sangka memudaratkan seperti yang di dakwa
sesetengah pihak.
Mimpi ini sebenarnya berlaku apabila anda berasa kehidupan
atau keyakinan diri anda terancam.
Tapi jika anda pernah dirogol sebelum ini dan bermimpi
kejadian itu semula, itu memberi makna yang jauh berbeza, sebaiknya anda
meminta nasihat pakar berhubung mimpi dirogol.
9.Mimpi curang dengan pasangan.
Mimpi curang dengan pasangan sehingga menjurus kepada
hubungan seks boleh di sebabkan faktor berikut.
-Anda terpaksa berkompromi dengan prinsip hidup dan maruah
anda.
-Anda juga telah menemui situasi di mana anda terpaksa
menipu dan tidak berlaku jujur Kepada pasangan.
-Cuba meneroka jenis seks yang anda sukai.
10.Mimpi pasangan curang
Mimpi pasangan curang atau bermain kayu tiga hingga
melakukan hubungan seks sebenarnya lebih Straight Forward berbanding dengan
mimpi curang dengan pasangan.
Mimpi ini akan berlaku apabila anda memiliki perasaan takut
ditinggal pasangan, atau apabila pasangan kurang memberikan perhatian pada
anda.
Mimpi pasangan curang juga boleh berlaku sekiranya anda
risau sama ada pasangan anda beleh diharapkan untuk memikul tanggung jawab di
masa hadapan.
11.Mimpi bersetubuh bersama kekasih rakan.
Jenis mimpi ini boleh berlaku sekiranya anda mengagumi
ciri-ciri yang di miliki oleh kekasih rakan anda, jangan risau anda hanya
sekedar mengagumi dan ingin sekali memiliki ciri-ciri yang sama.
Mimpi ini juga boleh di tafsirkan bahwa anda ingin sekali
memiliki pasangan seperti kekasih rakan anda.
Tujuan kami mengongsikan info ini adalah supaya
anda tidak terlalu cepat meletakkan rasa curiga kepada pasangan dan meletakkan
mereka di kotak kesalahan kononnya mimpi yang anda alami adalah suatu pertanda
bahawa mereka melakuakan sesuatu dibelakang anda tanpa anda ketahui seperti
hubungan gelap.
Ulasan
Catat Ulasan