3 Tanda-Tanda Orang Suka Menonton Video Lucah.
Sebuah penyelidikan membuktikan bahawa video lucah boleh
membuat lelaki dan wanita akan menjadi lemah di ranjang, selain dari mengarah
kepada perbuatan jenazah seperti merogol.
Banyak doktor pakar mengingatkan kita tentang bahaya
menonton video lucah, baik bahaya pada kesihatan mahupun mental.
Akan tetapi laman web video lucah semakin hari semakin
banyak, itu maknanya peminat video lucah bertambah banyak setiap hari.
Untuk berkawan, terutama memilih suami, perkara ini sangat
penting, untuk itu ketahui tanda-tanda orang yang sudah terlalu banyak menonton
video lucah.
Kurang perhubungan dalam keluarga.
Tanda pertama jika seorang itu gemar menonton video lucah,dia
akan lebih suka menyendirikan diri, baik dalam rumah atau pun di tempat kerja.
Jika berada di tempat ramai atau lepak, dia akan merasa
tidak selesa dan ingin bersendirian dan menikmati filem lucah, biasanya tanda
ini kepada individu yang belum berkahwin.
Sukar menjalin cinta dengan orang lain.
Kebanyakan lelaki dan wanita yang tidak ada keinginan untuk
bercinta atau mencari kekasih adalah penagih video lucah sebab mereka hanya
akan tertarik dengan artis video lucah.
Ini adalah tindakan pemenuhan nafsu peribadi yang dapat
membuat seseorang sulit menerima dan memberi cinta yang sebenarnya pada orang
lain.
Pekara ini juga akan membuat mereka selalu memikirkan
sesuatu hal yang tidak masuk akal, seperti melihat, dan memikirkan lawan
sejenis penuh dengan seks.
Pada yang sudah menikah, akan mencetuskan ketidak puasan
seks dan akan lebih mengarah kepada perhubungan seperti kecurangan dengan
wanita atau lelaki lain.
Mereka suami atau isteri yang ketagih menonton video lucah
tidak akan merasa cukup dengan pasangan yang ada, mereka akan mencari orang
lain semata-mata untuk merasakan benda baru.
Kurang minat dengan benda lain
Maksutnya disini seperti kurang minat bersukan, atau lepak
bersama rakan-rakan, ini disebabkan otak mereka akan lebih tertarik dengan
segala pekara-pekara yang berbau seks, seperti bercakap mengenai seks hal itu
akan membuat mereka lebih gembira.
Selain itu tanda terakhir boleh dilihat dari pemakaian atau
percakapan yang kurang sopan, seperti terlalu mendedahkan aurat dan tidak malu
bercakap hal-hal yang lucah di depan ramai.
Ulasan
Catat Ulasan