4 Tanda-Tanda Orang Ada Bela Toyol

Toyol bukanlah hal yang asing lagi untuk di bicarakan, mahkluk yang identitinya menyerupai budak berkepala botak, berbulu dan berlendir serta suka mencuri duit dan perhiasan.
Toyol biasanya di bela oleh manusia bagi tujuan untuk mencari nafkah dengan cara cepat dan haram.

Sesuai dengan identitinya yang menyerupai kanak-kanak, perlakuannya juga hampir sama dengan kanak-kanak sebenar yang suka bermain, makhluk ghaib ini boleh di lihat dengan mata kasar dan juga di ajak bicara oleh majikannya sahaja, terkecuali orang itu memiliki indra keenam.

Untuk memelihara toyol tidak diperlukan ritual khusus, namun pemelihara toyol harus memenuhi beberapa syarat seperti memberi makan toyol dengan menyusuinya (toyol akan di susui oleh isteri pemilik toyol, kalau yang bela itu merupakan seorang wanita maka wanita itu sendiri akan menyusuinya) perkara itu dilakukan setiap pagi.

Untuk anda lebih berhati-hati berikut adalah tanda-tanda manusia yang membela toyol.

1.Tidak mencuci tangan selepas makan kerana toyol akan menjilat tangannya selepas tidur.

2.Kerap berjalan dengan kedua tangan di belakang seperti memundak sesuatu di belakangnya.

3.Memiliki cat rumah yang berwarna-warni, sebabnya toyol akan suka rumah yang banyak warna.

4.Memiliki satu bilik yang banyak di taburkan bunga dan makanan.

Bagaimana cara agar toyol tidak masuk ke rumah.

1.Jangan biarkan ada sisa makanan di pinggan.
2.Bela ikan puyu atau ketam tujuannya agar toyol bermain dengan binatang tersebut dan lupa akan tujuannya mencuri duit.
3.Tanam halia dipekarangan rumah.
4.Buang gambar-gambar bernyawa seperti patung-patung yang ada dalam rumah.

Nota : Cara paling terbaik adalah berpegang teguh pada perintah Allah swt dan sunnah Rasulullah, kerana hanya dengan cara tersebut kita akan mendapatkan perlindungan baik zahir mahupun batin, jangankan toyol, jin pun tidak akan berani masuk rumah jika rumah kita sentiasa di isi dengan kegiatan ibadah dan sering membacakan ayat-ayat suci Al-quran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.