Anak Saya Menderita Lumpuh Kerana Tercekik Bebola Ikan.

Enam tahun berlalu, tragedi tercekik bebola ikan ketika usia tiga tahun membawa derita seumur hidupnya.

KOTA BHARU - Enam tahun berlalu, tragedi tercekik bebola ikan ketika usia tiga tahun membawa derita seumur hidupnya.



Kini, sekujur tubuh Ahmad Hafizul Amin Rozaidi, 9, hanya terlantar di atas tilam kecil di tengah-tengah ruang tamu rumah keluarganya di No 22 Belakang Blok N, Kampung Wakaf Mek Zainab, di sini.

Ibunya, Noraini Mohamed, 37, berkata, dahulu, ruang itu menjadi taman permainan Amin bersama abang sulung yang berusia 5 tahun sehinggalah berlaku insiden Amin tercekik bebola ikan pada 2010, sekali gus meragut keriangan mereka sekeluarga.

Masih segar dalam ingatan Noraini, tragedi tersebut berlaku sehari selepas ulang tahun ketiga kelahiran anak keduanya itu.

Katanya, dia dan suami, Rozaidi Zakaria@Fauzi, 44 ketika itu mencari pendapatan dengan berniaga kuih dan meletakkan kuih-kuih itu di gerai-gerai makan di sekitarnya.

Pada petang 26 Januari 2010, seperti biasa Rozaidi mengutip hasil jualan mereka. 

Sesudah itu, Rozaidi pulang ke rumah dengan membawa goreng pisang dan beberapa cucuk bebola ikan kepada anak-anak dan Noraini yang menunggu di rumah.

“Amin ambil bebola itu dan baru separuh digigit, dia tiba-tiba terlonjak dan melompat-lompat. Saya perasan Amin tercekik sehingga kebiruan dan kelopak matanya tertutup separuh.

“Kejadian berlaku terlalu pantas, saya dan suami yang panik membawa Amin ke hospital dan dimaklumkan jantung Amin terhenti, namun berdegup semula 20 minit kemudian. Umpama mati hidup semula,” katanya.

Noraini berkata, doktor mengeluarkan bebola ikan yang lekat pada saluran kerongkong Amin dan selepas itu Amin koma tiga minggu.

“Sedar dari koma, Amin disahkan lumpuh dan doktor memaklumkan kepada saya, hanya keajaiban kuasa ALLAH mampu menyembuhkan Amin,” luah ibu tiga anak itu, sebak.

Katanya lagi, sejak dari itu, mereka terpaksa berhenti berniaga dan memberi sepenuh perhatian kepada Amin, menjaga makannya, memberi ubat, memandikannya, memakaikan lampin serta memastikan persekitaran sentiasa bersih bagi mengelakkan Amin dijangkiti kuman.

“Tubuh Amin sudah tidak kuat dan mudah mendapat penyakit. Susu dan ubat dimasukkan ke dalam tiub yang ditebuk pada perut. Kalau hendak mandikan, suami akan mendukungnya ke bilik mandi yang terletak di bahagian bawah rumah,” katanya.

Menurutnya, enam tahun lalu, berat Amin hanya 10 kilogram (kg), tetapi kini pada usia yang sudah mencecah sembilan tahun, beratnya bertambah kepada 28 kg dan keadaan itu menyukarkan pasangan berkenaan menguruskan Amin yang dirasakan sudah terlalu berat. 

“Saya berharap sangat ada pihak yang boleh bantu membina satu bilik lengkap dengan tempat mandi Amin kerana kami tidak berkemampuan untuk membinanya sendiri. Amin mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan, semuanya digunakan untuk rawatannya.

“Perbelanjaan susu Pediasure mencecah RM400 sebulan. Pemilihan susu itu atas saranan pakar kerana selain daripada susu itu, Amin akan muntah. Amin juga terpaksa memakai lampin kerana tidak mampu bercakap untuk memberitahu bila dia hendak membuang air,” katanya.

Noraini berkata, dia dan suami tidak pernah berputus harapan terhadap perkembangan kesihatan anaknya itu dan sentiasa berdoa supaya Amin kembali sembuh dan ceria seperti dahulu.

Rozaidi juga turut melakukan kerja-kerja kampung bagi menampung perbelanjaan mereka dan rawatan Amin.

“Sejak akhir-akhirnya ini, saya geletek pada ubun-ubun Amin dan dia tersenyum. Saya tidak mengharap banyak, cukup sekadar suatu hari nanti, Amin mampu memanggil saya, ma (mama),” katanya.

Bantuan kepada Amin boleh disalurkan ke akaun Maybank 153010821763 Rozaidi Zakaria@Fauzi atau boleh terus menghubungi Rozaidi 014 8339669. - SINAR HARIAN 

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,398,Artis Dalam Negara,22,Artis Luar Negara,18,Berita Menarik,964,Berita Semasa,1338,Islam,104,Kantoi Luar Negara,17,Kes Kantoi,435,Kes Rogol,354,Kesihatan,81,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1190,Movie,4,Movie Trailer,4,Politik,202,Politik Dalam Negara,6,Politik Luar Negara,4,Puasa,5,Rogol Luar Negara,13,Rumah Tangga,350,Sukan,132,Sukan Luar Negara,11,Video,544,Video Kantoi,9,Video Luar Negara,36,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Anak Saya Menderita Lumpuh Kerana Tercekik Bebola Ikan.
Anak Saya Menderita Lumpuh Kerana Tercekik Bebola Ikan.
Enam tahun berlalu, tragedi tercekik bebola ikan ketika usia tiga tahun membawa derita seumur hidupnya.
https://1.bp.blogspot.com/-iEMuMzWj7Zo/V8f8okArdHI/AAAAAAAAPOM/Urk5QEPGFR44sRV4Fo2tUIroyEx00oHOQCLcB/s320/download.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-iEMuMzWj7Zo/V8f8okArdHI/AAAAAAAAPOM/Urk5QEPGFR44sRV4Fo2tUIroyEx00oHOQCLcB/s72-c/download.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/09/anak-saya-menderita-lumpuh-kerana.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/09/anak-saya-menderita-lumpuh-kerana.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy