"Awak Tolong Kahwin Dengan Saya, Kita Kahwin Rahsia", Luahan Pilu Seorang Isteri Terbaca Mesej Di Handphone Sumai.
Suami saya sampai tak tidur malam |
Sepatutnya seorang wanita akan lebih memahami perasaan
kaumnya sendiri, namun lain pula yang terjadi kepada seorang wanita malang ini.
Cubalah memahami perasaan sesama kaum sendiri, hukum karma
itu pasti akan berpatah balik kepada kita andai kata kita menyakiti insan lain
satu hari nanti pasti ianya terjadi
semula pada kita dan kalau tak kena pada kita balik pun nanti mana tahu
ahli keluarga kita sendiri yang terkena balik.
Ikuti kisah seorang janda yang mempunyai dua orang anak yang
baru sahaja ingin memulakan hidup baru, berkahwin dengan seorang duda pada
beberapa bulan yang lalu dan rumah tangga mereka amat bahagia.
Namun sejak seminggu yang lalu seorang kawan lama suami saya
yang telah beberapa lama terpisah bertemu kembali melalui laman media sosial
facebook, kawan lamanya itu merupakan seorang janda beranak satu dan bermula
dari pertemuan tersebut mereka selalu berchating melalui whatsapp.
Suami saya sampai tak tidur malam melayan janda itu, mereka
berchating sampai pukul 4 pagi tapi bila saya tanya mulalah suami saya itu akan
backup perempuan itu cakap itu cuma kawan lamanya sahaja, sampaikan kami
bergaduh sebab perempuan tersebut, sekarang ini hidup kami dah tak sebahagia
seperti dulu.
Pada suatu malam selepas habis sahaja dia orang chating
terus saya bangun untuk baca whatsapp suami saya bersama janda tersebut, Ya
Allah alangkah terkejutnya saya yang perempuan itu mengajak suami saya berjumpa
dan dia berkata lagi "nasib baik awak laki orang kalau tak dah lama saya
rangkul, saya dah tak tahan saya selalu main sorang-sorang, saya perlukan
teman".
"Ya Allah, sungguh gersang engkau ye perempuan dan saya
tengok berlambak perempuan itu send gambar bogel dekat telefon suami saya pada
hal dia tahu yang dia mesej itu suami orang, semalam pula pagi-pagi dah mesej
suami saya, "awak tolong kahwin dengan saya, kita kahwin rahsia, lepas ini
awak delete mesej ini tahu," dia tak tahu saya yang baca mesej itu kerana
suami saya tengah mandi.
Alangkah terkejutnya saya, masa itu badan saya dah
menggeletar dan saya rasa seperti kaki ini tidak berpijak di bumi, rasa nak
marah rasa sedih semua ada, air mata saya mengalir tanpa saya sedar.
Kita orang baru nak mengecapi hari-hari bahagia tapi datang
pula si perampas ini, sakitnya tak boleh nak cakap, sakit yang ini lagi sakit
dari sakit nak melahirkan anak, saya sampai tak selera nak makan nak tidur pun
tak boleh asyik teringatkan setiap kata-kata perempuan sial itu.
Mengapa kau datang ketika kami baru sahaja nak kecapi
bahagia???? Kau pun perempuan tapi takkan kau tak rasa perasaan aku??? Sanggup
kau nak rampas dia dari aku, sekarang ini air mata saja yang menjadi peneman
saya siang dan malam, sedih sangat-sangat bila orang yang kita sayang dah mula
sayang orang lain, saya tak tahu nak mengadu dengan sesiapa pun.
Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya sekarang ini.
Sedih sangat, hanya perempuan yang senasib dengan saya
sahaja yang akan memahami masalah ini. Hidup ini ada hukum karmanya sendiri,
one day kena dekat anak cucu kau pula, suka-suka saja kau nak rosakkan hubungan
kita orang, apa jantan lain dah pupus ke?? Kau memang tak ada hati perut.
Buat abang, saya dah korbankan macam-macam untuk abang, saya
penat tahu tak, apa lagi yang abang nak?? Makan minum abang saya dah jaga,
pakaian abang saya jaga, rumah abang saya kemas, tak cukup lagi ke??? Apa
kurangnya saya??? Dan apa lebihnya dia???- Sumber: Kisah Rumah Tangga
Ulasan
Catat Ulasan