Awas Kalau Dapat Suami Kaki Porno – Luahan Wanita Ini Kes Sumbang Mahram Kepada Anak Sendiri

Nak cerita tentang sumbang mahram. Nak tak nak, kena percaya ye. Syaitan ini, kerja dia memang menghasut anak Adam sampai kiamat. Lelaki ada 9 akal 1 nafsu. Satu nafsu itu adalah wanita. Fakta.

"Kak, tak baik seorang isteri berprasangka terhadap suami sendiri,"

Ya Allah sayang, bila saya cakap kena simpan walaupun 1% perasaan berhati-hati bila ada anak perempuan walaupun dengan suami sendiri, maknanya bukan prasangka pada suami atau tanya bermacam-macam pada suami.

Hati-hati, berjaga-jaga maksudnya kalau anak ada kelainan ke apa, siasat. Bukan tengah happy-happy awak pergi tanya suami awak,

"Abang ada buat apa-apa tak pada anak?"

Siasat bila awak terjumpa ciri-ciri yang pelik.  Siasat kalau suami awak jenis yang suka tengok filem lucah. Hati-hati kalau pernah ternampak suami awak skodeng anak awak.

Saya pernah jumpa kes ayah jadikan anak sebagai tempat pemuas nafsu sehingga melahirkan anak. Saya pernah jumpa kes bapa saudara merogol atau menjadikan anak saudara seagai tempat memuaskan nafsu selama tiga tahun dari umur 8 tahun sehingga 12 tahun.

Saya pernah jumpa kes bapa tiri merogol anak tiri tetapi ibunya tidak percaya pada aduan anaknya. Sebaliknya lebih percaya pada suami sendiri.

Luahan sedih seorang follower Facebook saya yang semasa kecil dipaksa melakukan onani terhadap bapanya sampailah dia melarikan diri dari rumah cukup membuatkan saya sedar bahawa memang ada saudara sendiri yang gila dan berperangai syaitan. Tak tunggu orang luar.

Kebanyakkan ciri-ciri perogol sumbang mahram ini ada ciri-ciri seperti ini.

1. Suami/lelaki kaki porno walau sudah ada isteri

Dalam handphone kantoi ada video klip lucah. Kalau ciri-ciri ini ada pada suami anda, berwaspada dan jagalah anak-anak anda walau sedikit. Satu kes rogol anak sampai mengandung itu sebab si ayah memang kaki porno dan melakukan penderaan fizikal pada isteri.

2. Nampak pendiam tetapi mental

Boleh nampak selera peliknya seperti pantang tengok orang catik atau objek-objek yang sewaktu dengannya. Kalau lelaki atau saudara kita ada ciri-ciri suka merenung pada anak-anak, adik-adik perempuan itu, awaslah.

3. Tak ada iman, tak sembahyang etc

Jenis yang memang kita tak sangka langsung nampak baik. Yang ini paling bahaya kerana kita tidak boleh menjangka tindakan mereka. Awasi kelainan pada anak sebab kadang-kadang manusia bertopeng ini susah nak dijangka.

Perkara ini berlarutan bila si ibu buat-buat tak kisah, buat tak nampak walaupun mengetahui suaminya itu mempunyai selera pelik suka tonton video lucah, tak nak having sexual intercourse dengan si ibu, kantoi beronani walaupun sudah ada isteri dan sebagainya.

Si ibu mengambil langkah enggan peduli, tup-tup dapat tahu anak dirogol suami sendiri. Si ibu sendiri tidak percaya apa yang anak beritahu dan menuduh anak mereka-reka cerita, tuduh anak gatal dan sebagainya. Si ibu sanggup bersubahat dengan suami/adik beradik/si pelaku dalam keluarga atas alasan mahu menjaga nama baik keluarga.  Si ibu yang terlalu percaya pada suami sampaikan anak besar umur 7 tahun ke atas boleh lagi salin pakaian depan ayah tanpa bertutup, mandi telanjang bagai.

Bila pertumbuhan anak bercambah, wajib cipta limit apa yang boleh dan tak boleh antara anak dengan bapa apatah lagi dengan orang lain, lagilah perlu berbuat demikian.

Si ibu yang terlalu percaya pada adik beradik, datuk dan sebagainya suruh hantar dan ambil anak tuisyen ke kelas waktu-waktu malam walaupun anak berkeras tak nak pergi dengan si polan. Anak menjadi murung dan memberontak.

Tolonglah, kalau anak tak nak dengan si polan, tolonglah siasat kenapa. Jangan buat dek saja. Dunia akhir zaman, anak rogol ibu sendiri pun ada. Apatah lagi yang lain. Nauzubillah. - Nurulbadiah Lai /Berita Premium

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.