Balu Kepada Tentera Yang Dihanyutkan Banjir di Amerika Syarikat Luah Perasaan Terkilan di Facebook.

Kuala Lumpur, 1 September - Balu kepada Kapten Husman Hussin; seorang tentera darat yang meninggal dunia akibat dihanyut banjir dalam kejadian di Missouri, Amerika Syarikat; hari ini meluahkan perasaan terkilannya dengan berkata nasibnya dan anak-anak tidak terbela selepas pemergian arwah.

Hazwani Ahmad , meluahkan perasaan terkilannya itu di Facebook dan sejak ia mula dimuat naik, posting itu mendapat lebih dari 1,300 perkongsian dalam masa lima jam.

Menurut Hazwani, arwah Kapten Husman pergi ke Missouri ketika dia masih lagi dalam pantang 20 hari selepas bersalin dan dilaporkan hilang pada 26 Disember 2015.

Pada 29 Disember 2015, Markas Tentera Darat mengesahkan mayat Allahyarham dijumpai.

Jenazah Kapten Husman telah dibawa pulang ke Malaysia pada 6 Januari lalu dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Durian Daun, Masjid Tanah.
Antara Berita Yang Menjadi Pilihan Pembaca Wartawan Jalanan Sebelum Ini:
Hazwani mendakwa dia menerima elaun bulanan tidak sampai RM1,000 untuk menanggung anak-anak dan biarpun sudah 9 bulan insiden tersebut berlaku, pencen tanggungan anak-anak masih belum boleh dibayar. - Siakap Keli

Ikuti luahan hati Hazwani :

Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.