Betul Ke Interview Macam Ini? Apa Yang Bos Ini Suruh Buat Memang MENAKUTKAN Aku

Assalamualaikum. Haa kat sini aku nak tanya sikit, pernah ke kau Orang pergi interview, orang yang interview kau orang itu suruh kau orang buat benda pelik-pelik.

Okay cerita dia macam ini, aku baru saja lepas balik dari interview kerani dekat 1 company melayu ini, Company dotdotdot. aku Ini ada diploma, di sebabkan aku dah lama sangat menganggur so aku cuba untuk apply jadi kerani dekat company itu. itu pun kawan kepada kawan aku rekeman kan,

Sampai dekat company itu, dia suruh masuk bilik, dia suruh duduk, then aku duduk, baru je duduk dia suruh ankat mangkuk abu rokok dia, dia suruh aku pergi basuh, okay aku basuh dah settle basuh, aku masuk blik dia balik lepas itu dia suruh letak air, aku keluar balik then dia suruh isikan air banyak okay fine aku keluar balik isi bagi penuh.

Haa dah settle bab tu, dia pun tanya nama penuh, aku pun bagi tahu sekian-sekian, lepas itu dia suruh aku nyanyi, aku segan la dalam hati dah pelik kenapa suruh aku nyanyi, dia paksa nyanyi, aku pun nyanyi lagu negaraku.

Dah settle aku duduk, dia tanya berat badan aku, dia tanya saiz pinggang then dia tanya saiz dada. eh dalam hati “kenapa ni” tapi aku bagi tahu semua.

Settle itu dia suruh nganga mulut nak tengok gigi lubang ke tak, jari ada kudung ke tak. aku konfius, aku ini mintak kerja kerani ke apa kan. aku ikutkan jela, lepas itu dia suruh aku tulis karangan 3pages. Selama sejam ! Dia suruh menulis guna tangan, okay fine lepas itu dah settle dia suruh taip guna laptop, Interview saja dah makan masa sejam lebih.

Last dia cakap, esok datang lagi utk sambung interview sejam. Hmmm sekarang aku nak tanya, memang macam itu ke proses interview je? Aku keliru sebab sebelum ini tak pernah jadi macam ini haaaa. Hmm perlu ke aku pergi lagi untuk esoknya? – Lily. KREDIT IIUM.

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.