Dua Pelajar Seniors Merogol Pelajar Berusia 13 Tahun Dalam Bilik Stor Sekolah.

MELAKA: Dua pelajar senior didakwa merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun di dalam kawasan sekolah di Jasin dekat sini. Pelajar perem...

MELAKA: Dua pelajar senior didakwa merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun di dalam kawasan sekolah di Jasin dekat sini. Pelajar perempuan tingkatan satu itu mendakwa diheret masuk ke dalam bilik stor oleh dua pelajar senior kira-kira pukul 2.30 petang Selasa.

Sebaik berada di bilik itu, kedua-dua pelajar senior itu didakwa menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya. Seorang kakitangan pentadbiran yang melalui kawasan kejadian, terdengar bunyi teriakan dan bergegas masuk ke dalam bilik stor itu untuk melakukan pemeriksaan.

Terkejut dengan kehadirannya, dua pelajar lelaki itu melarikan diri dan pelajar perempuan itu dibawa ke pejabat pengetua. Semasa di bilik pengetua, pelajar wanita itu menceritakan bagaimana dia diheret masuk ke dalam bilik stor dan dibogelkan sebelum dirogol.
Difahamkan salah seorang pelajar lelaki mengaku melakukan perbuatan itu ketika disoal siasat pada keesokan harinya. Namun dia mendakwa pelajar perempuan itu membenarkan perbuatan seksual tersebut.Satu laporan polis dibuat di balai polis Jasin pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata polis menahan dua pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun untuk membantu siasatan kes tersebut. "Kami sudah menghantar gadis itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Siasatan sedang dijalankan atas kesalahan rogol statutori," katanya.


Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak Chee Kin mengakui amat terkejut dan tidak percaya insiden seperti itu berlaku. "Perbuatan itu berlaku di dalam kawasan sekolahpada waktu siang. Sudah tiba masanya pihak sekolah memperketatkan kawalan keselamatan," katanya.- The Star Online

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,403,Artis Dalam Negara,25,Artis Luar Negara,22,Berita Menarik,981,Berita Semasa,1353,Islam,104,Kantoi Luar Negara,18,Kes Kantoi,437,Kes Rogol,356,Kesihatan,84,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1209,Movie,4,Movie Trailer,4,Politik,202,Politik Dalam Negara,7,Politik Luar Negara,4,Puasa,5,Rogol Luar Negara,13,Rumah Tangga,356,Sukan,132,Sukan Luar Negara,11,Video,549,Video Kantoi,10,Video Luar Negara,39,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Dua Pelajar Seniors Merogol Pelajar Berusia 13 Tahun Dalam Bilik Stor Sekolah.
Dua Pelajar Seniors Merogol Pelajar Berusia 13 Tahun Dalam Bilik Stor Sekolah.
https://3.bp.blogspot.com/-22IIDfWl16g/V-9HYZLuEoI/AAAAAAAARJM/BJh0uCLnfFI59Bvo7rJJDA-x7ylgav1IgCLcB/s320/image.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-22IIDfWl16g/V-9HYZLuEoI/AAAAAAAARJM/BJh0uCLnfFI59Bvo7rJJDA-x7ylgav1IgCLcB/s72-c/image.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/09/dua-pelajar-seniors-merogol-pelajar.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/09/dua-pelajar-seniors-merogol-pelajar.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy