Sabtu, 3 September 2016

Gadis Berpurdah Tergamak Meninggalkan Ibu Yang Sedang Sakit Penghidap Kanser Tahap 4

Seorang ibu berusia 53 tahun ditingglakan anak tunggalnya yang juga merupakan pelajar sekolah tahfis dalam keadaan dirinya menderita penyakit kanser.

Paling menyedihkan bukan satu tapi tiga jenis penyakit kanser iaitu tulang, payudara dan paru-paru yang telah di sahkan oleh doktor sebagai kanser tahap empat.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai sofia berkata, kanser yang menjangkitinya itu sudah merebak ke tulang belakang semenjak sebulan lalu.

Ketika dia bergelut kesakitan setiap hari, tiada siap yang datang melawat terutamanya anak perempuan kesayangannya juga tidak melawat.

Entah dimana silapnya anak yang dikandungnya selama sembilan bulan dan di jaga dengan kasih sayang kini tidak menghiraukannya, kerana kononnya inginkan kebebasan walaupun baru berusia 17 tahun dan belum menamatkan pelajaran.

Sofia cukup terkilan kerana anak perempuannya itu pernah menghafal 10 juzuk Al-Quran bertindak melarikan diri dari rumah semenjak 3 minggu lalu.

Sofia berkata suaminya meninggal ketika usia anak perempuannya itu berusia 8 bulan, dan kehidupan mereka banyak di bantu oleh ahli keluarga arwah suaminya.

Perjuangannya membesarkan hana penuh dengan liku-liku pahit manis kehidupan, sungguh pun dia tidak menyangka bahawa anaknya itu sanggup meningalkannya dalam keadaan seperti itu.