Gadis Padam 500 Gambar Tidak Menutup Aurat Selepas Mengalami Kejadian Seram

Bukan hanya di facebook malah Nor juga turut memadam gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat di istagram dengan serta-merta.

Nor mengaku bahawa dia melakukan semua itu hanya selepas dia mengalami sesuatu yang mengerikan baginya, kisahnya bermula sejak sebulan yang lalu iaitu kira-kira 3 hari selepas seorang rakan wanitanya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.

Semenjak daripada itu dia sering bermimpi di datangi kawannya yang sudah meninggal dunia itu dan menyuruhnya memadamkan kesemua gambar mereka yang tidak menutup aurat.

Bukan itu sahaja kata Nor lagi dia telah beberapa kali melihat laptopnya hidup seperti sedang digunakan oleh seseorang pada waktu larut malam dan dia juga tercium bau darah di dalam biliknya itu.

Pada mulanya memang sukar untuk saya mempercayainya, namun selepas saya mengalami gangguan pelik dan setiap kali saya tidur pasti saya akan bermimpi sahabat saya barulah saya mempercayainya.

Sahabat saya seperti meminta tolong, dalam mimpi saya itu saya nampak dia diseksa, disebat oleh lembaga hitam yang besar dan panjang, kulitnya di siat-siat dengan besi panas, dia menjerit "tolonglah padamkan gambar saya yang tidak menutup aurat" kata-kata itu berulang-ulang kali di ucapkannya, kata Nor ketika menceritakan kisahnya kepada pemberita.

Pernah sekali saya melihat dia dalam mimpi sedang menangis tersedu-sedan dengan perkataan yang sama "tolonglah padamkan gambar saya yang tidak menutup aurat" saya dah tak tahan" ujar Nor meniru percakapan rakannya di dalam mimpi itu.

Ketika dia menoleh ke arah saya, "Masyaallah" mukanya hanya Allah saja yang tahu, semenjak daripada itu saya mula  memadamkan gambar-gambar kami di facebook yang tidak menutup aurat.

Dalam kehidupan sememangnya kami ini sedikit nakal, namun  tidaklah senakal sampai mengaibkan keluarga kami dan menggadaikan maruah, hanya nakal sebagai remaja biasa sahaja.

Alhamdulillah selepas saya padamkan kesemua gambar kami yang tidak menutup aurat, arwah tidak lagi hadir dalam mimpi dan mengganggu saya.

Saya tahu mungkin kisah ini agak susah untuk diterima dengan akal yang waras, tapi percayalah itulah hakikat yang benar-benar terjadi kepada saya, Alhamdulillah semenjak kejadian tersebut saya telah mula mengubah gaya hidup saya walaupun saya masih belum sepenuhnya lagi berubah namun saya tetap berusaha menuju ke arah itu.

"Semoga kisah ini boleh di jadikan sebagai pengajaran buat semua"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.