Gambar Dan Biodata Amisha Juara Muaythai Remaja Dunia Asal Malaysia

Seorang remaja perempuan berasal dari malaysia telah Mengejutkan dunia sukan Muaythai setelah Amisha berjaya muncul sebagai juara Muaythai Remaja Dunia dengan mengalahkan petinju tuan rumah Bangkok,thalailand Phin Pong Ratchada menerusi keputusan knock-out (KO) pada pusingan kedua kategori 54 hingga 57 kilogram.

Kemenangan pelajar sekolah ini tirut di raikan bersama rakan rakan sekolahnya dan gurunya setelah beliau berjuang dengan susah payah mengharumkan nama malaysia di negara orang.

Nur Amisha, berkata kemenangan itu adalah ha­diah paling bermakna buat dirinya dan mahu dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan.

“Terima kasih kepada Persatuan Muaythai Malaysia dan Persatuan Muaythai Ama­tur Perak terutama kepada ketua jurulatih Perak, Bernard Radin yang telah melatih saya sejak berusia tujuh tahun.

“Saya memang meletakkan harapan untuk memenangi kejohanan ini tambahan pula esok adalah sambutan Hari Kebangsaan, terima kasih kepada semua yang telah membantu saya,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat itu ketika dihubungi pemberita.-eberita.org

Biodata NUR AMISHA

Nama penuh:Nur Amisha Azril Rizal
Umur:14 Tahun
Sekolah:Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat
Asal :ipoh perak
Belajar muaythai :ketika berusia 7 tahun.
Juru latih: Bernard Radin

Gambar Nur Amisha Azril Rizal


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.