Gambar Yang Disebarkan Oleh Pihak Polis Mengundang Kemarahan Netizen

Gambar ini diambil oleh seorang anggota polis
James Acord dan Rhonda Pasek
Ohio- Sekeping gambar yang disebarkan oleh pihak polis Ohio di Amerika Syarikat menjadi viral dan mengundang kemarahan netizen, dalam gambar yang dipaparkan kelihatan seorang lelaki dan wanita sedang lena tidur di dalam kereta milik mereka dan di temani oleh seorang budak lelaki yang sedang duduk di kerusi belakang

Gambar ini diambil oleh seorang anggota polis yang sedang membuat rondaan di sekitar kawasan tersebut, menurut anggota polis itu ketika gambar diambil, kereta itu berada di tepi jalan dan dia melihat seorang wanita dan lelaki sedang lena tidur ditemani oleh seorang budak lelaki yang sedang duduk di kerusi belakang kereta tersebut.

Setelah di periksa mereka adalah pasangan kekasih, lelaki bernama James Acord berusia 47 dan pasangannya Rhonda Pasek berusia 50, mereka di dapati berada dalam keadaan khayal dipecayai dibawah pengaruh dadah jenis heroin.

Ketika dikejutkan oleh anggota polis, Acord bercakap dalam nada yang tidak jelas, dia mengatakan dalam perjalanan untuk menghantar Rhonda ke hospital, dan cuba untuk memandu kereta melarikan diri dari pihak polis tetapi dengan pantas anggota polis tersebut mencabut kunci dari keretanya.

Budak lelaki yang sedang duduk di belakang itu merupakan anak kepada Rhonda Pasek, bayangkan sekiranya anggota polis itu tidak menghalang kereta itu dari berjalan bagaimanakah nasib budak itu.

Pihak polis Ohio berkongsikan gambar ini agar masyarakat diluar sana tahu akan bahayanya dadah dalam kehidupan kita sebagai manusia.
Rhonda Pasek

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.