Gempar!! Pocong Di Tangkap Polis.

Sungguh licik penjenayah sekarang sehinggakan terdapat yang sanggup menyamar sebagai pocong untuk meraih pendapatan dengan cara yang mudah.

Penduduk Solo telah beberapa kali digemparkan dengan kemunculan perompak yang berpakaian seperti hantu pocong untuk melakukan operasi jenayahnya di bandar raya itu.

Ratusan ribu penduduk wilayah Jawa Tengah kini boleh menarik nafas lega kerana tidak lagi perlu bimbang serta takut, kerana si ‘pocong’ tersebut telah berjaya ditangkap dengan keadaannya masih lagi berbalut kostum putihnya itu.

Hal tersebut telah disahkan oleh seorang pengguna Facebook tempatan, Abu Yahya Guba, yang telah memuat naik gambar perompak yang berpakaian seperti pocong itu secara live, menurut portal berita otosis.com.

Gambar berkenaan menunjukkan si ‘pocong’ yang merupakan seorang lelaki telah ditangkap oleh polis Solo atau nama baharunya, Surakarta yang berpakaian seperti orang awam. Kota itu merupakan tempat kelahiran Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Abu Yahya juga mengingatkan kepada para penunggang motosikal supaya tidak perlu rasa takut atau bimbang ketika berdepan dengan ‘hantu’ seperti itu jika secara kebetulan bertembung makhluk tersebut sekali lagi.

Ini kerana rasa takut akan membuatkan perompak-perompak ‘pocong’ tersebut yang sering menyasarkan penunggang motosikal dan pemandu kereta yang panik sebagai mangsa mereka semakin bermaharajalela.

Malah beliau turut menyarankan beberapa langkah-langkah berkesan yang boleh di guna pakai untuk mengatasi perompak ‘nakal’ yang kreatif mengenakan cosplay pocong menyeramkan seperti itu, lapor media republik berkenaan lagi.

Antaranya ialah tetap tenang walaupun berdepan dengan si ‘pocong’ dan jika perlu tendang sahaja ‘hantu’ itu. Yang pasti, si ‘pocong’ masih tetap takut dengan polis!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.