Hidup Umpama Mayat Hidup!!! Ibu Tunggal Di Sihir Bapa Saudara Sendiri.
Seorang ibu tunggal beranak empat bukan saja menjadi ‘hamba
seks’ bapa saudara sendiri selama hampir dua tahun, malah puluhan ribu ringgit
wang peninggalan arwah suaminya serta wang bantuan kebajikan empat anaknya
turut dibolot lelaki terbabit yang dipercayai ‘menakluk’ wanita itu dengan ilmu
hitam.
Janda berusia 34 tahun dikenali sebagai Kamariah, mendakwa
dia seperti lembu dicucuk hidung apabila mengikut segala arahan bapa saudaranya
itu termasuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu serta menyerahkan wang
simpanannya.
“Dia (bapa saudara) mengawal wang ditinggalkan bekas suami
termasuk wang bantuan anak berjumlah RM400 sebulan yang diterima daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Hidup saya umpama mayat hidup selama hampir dua tahun
dipercayai terkena ilmu guna-guna itu menyebabkan saya beberapa kali hampir
membunuh diri selain mengabaikan makan minum empat anak berusia antara dua dan
12 tahun,” katanya yang kini menjalani rawatan bagi membuang kesan ilmu hitam
berkenaan.
Ulasan
Catat Ulasan