Ibu Minta Lelaki Rogol Anaknya Sebelum Dibunuh
New Mexico – Ibu kepada budak perempuan berusia 10 tahun
yang ditemui mati dengan mayatnya dikerat, memberitahu polis dia mencari lelaki
di internet dan tempat kerja untuk menyerang mangsa secara seksual.
Menurut butiran waran geledah kes itu, Michelle Martens
memberitahu polis Amerika Syarikat (AS) bahawa dia bertemu dengan
sekurang-kurangnya tiga lelaki sebelum mangsa diberi dadah, dirogol dan dibunuh
bulan lalu.
Ibu tunggal berkenaan memberitahu penyiasat dia tidak
merancang jenayah itu untuk mendapatkan wang tetapi kerana seronok
menyaksikannya.
Tidak dapat dipastikan berapa lama dia merancang pertemuan
sebelum kematian Victoria Martens atau jika polis sudah mengenal pasti
penyerang.
Polis menemui mayat budak itu yang dikerat di dalam
pangsapuri yang dihuni bersama ibunya pada hari dia dijangka menyambut ulang
tahun kelahiran ke-10.
Pembunuhan itu mencetuskan kemarahan orang ramai. Jurucakap
keluarga berkenaan, Laura Bobbs, menangis ketika mengetahui butiran dalam waran
geledah itu.
“Kasihan anak saya, kasihan anak saya. Dia tidak pernah
beritahu kami apa yang berlaku.
“Saya selalu bertanya dia setiap masa, ‘Kamu OK?’ Dia akan
berkata ya,” katanya merujuk kepada Victoria.
Bobbs berkata, tiada petanda daripada Michelle Martens atau
mangsa menunjukkan ada perkara yang tidak kena.
“Saya melihat wanita itu setiap hari. Tiada petanda.
Bagaimana dia menyembunyikan perkara ini daripada kami.
“Keadaan semakin buruk, buruk dan buruk,” katanya. Michelle
Martens, Fabian Gonzales dan sepupu Gonzales, Jessica Kelley, didakwa membunuh
dengan niat dan jenayah seks melampau terhadap kanak-kanak di bawah 13 tahun.
Victoria ditikam dan dicekik.-
Ulasan
Catat Ulasan