Isteri Dalam Pantang Parah Dibelasah Suami.
Tergamak dia menendang perut dan muka saya dengan kasut but
kerana marah sebab saya nak ambil kereta, ” dakwa jururawat, Che Azaini Suyana
Hassan, 31, parah dibelasah suaminya, seorang anggota bomba di Pulau Pinang,
malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang masih
berpantang melahirkan anak ketiga cedera teruk di muka, telinga, belakang badan
dan kaki selepas dibelasah tanpa belas kasihan.
Difahamkan, mangsa turut pengsan sejam di balai bomba
berkenaan selepas dibelasah suaminya yang berusia 30 tahun tanpa disedari
anggota bomba lain. Che Azaini Suyana berkata, dia yang baru melahirkan anak
ketiga pada 22 April lalu, tidak menyangka suaminya tergamak bertindak demikian
kerana marah apabila dia meminta kereta daripada suaminya.
“Saya sudah beberapa kali menghubungi suami supaya
menghantar kereta bagi mahu menghantar anak ke klinik kerana anak demam. Dia
sudah lama tidak menjenguk kami anak-beranak termasuk anak baru dilahirkan.
“Kerana tidak tahan menanggung sengsara, saya ke tempat
kerjanya di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pulau Pinang untuk
berbincang masalah kami dan mengambil kereta saya yang digunakannya,” katanya
yang ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.
Menurutnya, dia terkedu apabila tiba-tiba suami menumbuk
kereta sebelum menendang perutnya menyebabkannya terduduk di kawasan gelap
tempat meletak kenderaan di balai bomba berkenaan. Sumber : myMetro
Ulasan
Catat Ulasan