“Kami Akan Cari Dia Sampai Lubang Cacing" Protes Bantah Kehadiran Rajapaksa Bertukar Kecoh

Kuala Lumpur – Perhimpunan membantah lawatan bekas presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa ke Malaysia hari ini bertukar kecoh selepas penunjuk perasaan cuba memasuki perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kuala Lumpur – Perhimpunan membantah lawatan bekas presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa ke Malaysia hari ini bertukar kecoh selepas penunjuk perasaan cuba memasuki perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Rajapaksa, yang menjawat presiden selama 10 tahun dan dituduh melakukan jenayah perang ke atas penduduk Tamil di negara yang pernah bergolak selama berdekad itu, tiba di sini bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) di PWTC.

“Kami akan cari dia sampai ke lubang cacing. Kami akan ambush (serang hendap). Jika kerajaan tidak mahu, kami akan lakukan,” kata salah seorang peserta protes.

Bagaimanapun, perhimpunan bertukar kecoh dan berlaku asakan kira-kira 10 minit di hadapan pintu utama PWTC, sebelum kumpulan itu beralih arah ke pinggir jalan.

Protes pagi ini juga menyaksikan penyertaan pemimpin berketurunan India merentasi parti politik.

Mereka termasuk Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh, Ahli Parlimen Kapar dari PKR, G. Manivannan, dan ahli Dewan Undangan Negeri Sungkai dari DAP, A. Sivanesan.

“Kami kesal dengan tindakan ini, tiada tindakan diambil malah kita mengalu-alukan pembunuh datang. Ini adalah punca pembunuhan 150,000 kaum Tamil di Sri Lanka.

“Kami tidak akan berhenti sehingga Rajapaksa dihalau,” kata Sivanesan.
Sivarraajh pula berkata Rajapaksa perlu dihalang memasuki negara kerana melakukan jenayah perang.

“Tidak perlu beri layanan VIP, halau dia masuk. Dia membunuh lebih 100,000 orang rakyat Tamil di Sri Lanka,” kata Sivarraajh.

Manivannan mengalu-alukan perpaduan yang ditunjukkan pemimpin ketiga-tiga parti.

“Ini sesuatu yang tidak perlu dilakukan kerajaan Malaysia. Hari ini kita menyaksikan seorang penjenayah dunia duduk di satu bangunan istimewa,” katanya.

Susulan perbincangan di antara Sivarraajh dan wakil penganjur Datuk Armand Azha Abu Hanifah, Rajapaksa kemudian diminta meninggalkan bangunan PWTC demi keselamatan delegasi lain.

“Saya harap mereka (penunjuk perasaan) bersurai dan saya mengesahkan bahawa Rajapaksa sudah tidak ada di dalam bangunan ini,” kata Armand.
Rajapaksa, yang melepaskan jawatan presiden tahun lalu, merupakan antara pemimpin utama yang terlibat dalam peperangan melawan kumpulan pemisah Tamil di utara Sri Lanka.

Aktivis dan badan hak asasi sebelum ini pernah mendakwa tentera Sri Lanka sengaja menyerang sasaran awam seperti kawasan hospital dan perumahan walaupun selepas penyerahan diri pejuang Tamil LTTE. 
loading...
loading...
Nama

Artis,403,Artis Dalam Negara,25,Artis Luar Negara,22,Berita Menarik,976,Berita Semasa,1353,Islam,104,Kantoi Luar Negara,18,Kes Kantoi,436,Kes Rogol,356,Kesihatan,84,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1207,Movie,4,Movie Trailer,4,Politik,202,Politik Dalam Negara,7,Politik Luar Negara,4,Puasa,5,Rogol Luar Negara,13,Rumah Tangga,354,Sukan,132,Sukan Luar Negara,11,Video,548,Video Kantoi,10,Video Luar Negara,39,
ltr
item
Wartawan Jalanan: “Kami Akan Cari Dia Sampai Lubang Cacing" Protes Bantah Kehadiran Rajapaksa Bertukar Kecoh
“Kami Akan Cari Dia Sampai Lubang Cacing" Protes Bantah Kehadiran Rajapaksa Bertukar Kecoh
Kuala Lumpur – Perhimpunan membantah lawatan bekas presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa ke Malaysia hari ini bertukar kecoh selepas penunjuk perasaan cuba memasuki perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
https://2.bp.blogspot.com/-J7nYYvETx2Y/V8kifoRGtHI/AAAAAAAAPR8/IQC8-PiJU9AVKzg_CYV0wDuc3nOf3VcJACLcB/s1600/W%2BJ.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-J7nYYvETx2Y/V8kifoRGtHI/AAAAAAAAPR8/IQC8-PiJU9AVKzg_CYV0wDuc3nOf3VcJACLcB/s72-c/W%2BJ.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/09/kami-akan-cari-dia-sampai-lubang-cacing.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/09/kami-akan-cari-dia-sampai-lubang-cacing.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy