Ke Mana Nur Shakinah Sepanjang Tempoh Hilang? Apa Yang Berlaku Terhadapnya? Siapa Yang Ditemuinya?

KUALA LUMPUR: Selama lima hari, penuntut Institute University of Technology (IUT) Rouen, Perancis, Nur Shakinah Naim, hilang tanpa dapat dikesan oleh mereka yang rapat dengannya.

Berita kehilangannya tersebar luas di tanah air dan keadaan itu semestinya paling merisaukan ibu bapanya di Sungai Petani, Kedah.

Bagaimanapun, penantian mereka berakhir semalam apabila Nur Shakinah, 19, dilaporkan selamat dan kembali ke kediamannya di Normandy, utara Paris.


Ke mana Nur Shakinah sepanjang tempoh itu? Apa yang berlaku terhadapnya? Siapa yang ditemuinya?- Berita Harian Online
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.