Kejam!!! Bayi 11 Bulan Diculik Dan Dirogol Oleh Jiran.
India – Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan diperlakukan
seperti binatang oleh seorang jiran lelakinya yang bertindak menculik sebelum
merogolnya dalam sebuah kawasan semak di Vikaspurti, New Delhi, Jumaat lalu.
Portal Metro.co.uk melaporkan, insiden menyanyat hati itu
berlaku ketika bayi tersebut sedang tidur nyenyak bersama ibunya di sebuah
tempat perlindungan sementara di kompleks perumahan polis, sebelum diculik
sekitar jam 10 malam.
Ibu bayi berkenaan hanya menyedari kehilangan anaknya itu
sekitar pukul 11.00 malam dan memaklumkannya kepada polis.
Dengan menggunakan unit anjing pengesan, pihak polis berjaya
menjejaki bayi tersebut yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi
sebuah longkang dengan kemaluannya mengalami pendarahan teruk.
Bayi malang tersebut segara dikejarkan ke unit jagaan rapi
di Hospital Dayal Upadhyay.
Menurut polis, perogol tersebut berjaya dijejaki selepas
telefon bimbitnya tercicir di lokasi kejadian.
“Hasil penemuan telefon bimbit suspek, kami berjeya mengesan
lokasi tempat tinggal lelaki berkenaan yang terletak di sebuah kem pekerja.”
Suspek yang juga bekerja sebagai buruh binaan mengaku
melakukan jenayah tersebut dan kini ditahan di Penjara Tihar.
Lelaki itu kini dituduh merogol di bawah Seksyen 376 Kanun
Keseksaan India dan Seksyen 6 Akta POSCO dan ditahan di penjara Tihar, lapor
laman Metro.
Bapa bayi yang enggan dikenali itu berkata, keluarganya
masih dalam terkejut melihat keadaan anak mereka yang masih kritikal.
“Saya tidak mampu berkata apa-apa. Bagaimanana seseorang
boleh melakukan sedemikian rupa terhadap bayi kecil seperti ini? Saya hiba
melihat darah, kesan cakaran dan baju anak saya yang koyak rabak,” katanya.
Ulasan
Catat Ulasan