Ketagih Game Gadget Kanak-Kanak 4 Tahun Jadi Bisu

Shafraan 10 bulan, biasa melihat ibu dan kakaknya bermain game di tab, pada awalnya hanya sekadar jadi penonton hinggalah dia tertarik untuk mencuba permainan di tab itu.

Bermula pada usia 10 bulan hingga 4 tahun, gadjet merupakan barang yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan sehariannya.

Ibunya pun senang kerana tidak perlu membelikan barang permainan yang tentu akan menjadi kerja seharian untuk mengemasnya.

Akan tetapi ketika umur anaknya berusia 2 tahun, ibunya mula melihat tanda-tanda yang tidak normal pada anaknya.

1. Kaku dengan keadaan persekitaran
2. Tidak pandai berkawan
3. Tidak pandai bermain barangan mainan kanak-kanak normal
4. Kurangnya respon untuk bercakap

Kelainan yang paling di takuti oleh ibunya adalah anaknya yang kurang perkataan ketika bercakap (seperti bisu) sehingga berumur 3 tahun.

Khawatir dengan perkembangan anaknya yang semakin teruk dia kemudian membawanya berjumpa doktor pakar.

Doktor telah mengesahkan bahawa punca anaknya kurang bercakap adalah kerana orang tua dan anggota keluarga yang lainnya kurang berkomunikasi dengan Shafraan membuatkan anaknya tidak mengenal perkataan ketika bercakap.

Penyebab utamanya adalah kerana penggunaan gadjet, semenjak daripada hari itu si ibu mula mengurangkan penggunaan gadjet di rumah, katanya lagi Shafraan akan mengamuk dan menangis sambil membaling semua barang-barang yang berada dekat dengannya serta dia juga susah untuk makan dan tidur.

Naluri seorang ibu yang mana mampu melihat anaknya menangis, dia tewas dalam usahanya mengurangkan penggunaan gadjet untuk anaknya dan akhirnya dia memberikan Gadjet semula kepada anaknya.

Hampir setahun berlalu dan kini anaknya sudah berusia 4 tahun telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami situasi Speech delay.

Menurut doktor yang merawat Shafraan sekarang berada dalam keadaan Speech delay atau keterlambatan bercakap kerana kini dia telah berusia 4 tahun 2 bulan.

Speech delay merupakan bahasa yang di gunakan bagi masalah kelambatan perkembangan otak dan bahasa untuk kanak-kanak.

Menurut kajian yang di lakukan, hanya 5 peratus sahaja kanak-kanak yang mengalami masalah ini, punca bagi permasaalahan  ini adalah kerana kurangnya komunikasi antara ahli keluarga serta kanak-kanak yang kurang berkomunikasi dengan dunia luar dan hanya berkurung di dalam rumah juga menjadi punca kepada masalah ini.

Kenyataan doktor itu bagaikan petir yang menyambar sehinggakan membuatkan saya tersentap kerana baru kini saya sedar bahawa sayalah punca mengapa Shafraan jadi begini. Semuanya adalah berpunca dari saya kerana saya tidak mahu di ganggu dengan suara tangisan serta rengekannya, saya tidak mahu melihat rumah bersepah-sepah kerana mainannya, saya tidak mahu bersusah dan tidak mahu penat menjaganya, itulah kesalahan-kesalahan yang baru saya sedari, kata ibu beranak dua itu.

 Katanya setelah melakukan perbincangan dengan suaminya, mereka telah sepakat untuk membawa Shafraan mengikuti Terapai Wicara yang di anjurkan oleh doktor di mana kesembuhannya tidak dapat di pastikan akan tetapi bila terapi itu di lakukan secara rutin dan di tambah lagi latihan di dalam rumah, kesembuhan untuk Shafraan sangat tinggi.

Berapa tahun lamanya pun saya tak kisah asalkan anak saya kembali normal seperti kanak-kanak lain. Kalaulah waktu boleh diputarkan kembali tentu saya akan lebih banyak menghabiskan masa mengajarnya bercakap serta bermain, katanya lagi.

Bagaimanapun update terkini dari ibu Shafraan selepas 5 bulan mengatakan bahawa anaknya itu telah mula bermain permainan kanak-kanak seperti kereta mainan, menconteng buku dan dinding, manakala percakapannya ada di antaranya yang sudah mula jelas namun belum semua.

Alhamdulillah kini anak saya telah mula menunjukkan tanda-tanda perkembangan yang baik, mohon agar semua mendoakan semoga Shafraan akan segera sembuh, tulisnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.