Mayat Bayi Perempuan Dijumpai Dalam Lori Sampah.

Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dijumpai dalam lori sampah dalam kejadian di Pasir Tumboh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira- kira pukul 3.30 petang itu, mayat cukup sifat itu dijumpai empat pekerja kontraktor sampah ketika mahu memasukkan sampah ke dalam lori.

Menurut saksi kejadian, Amin Ridzuan Halim, 31, berkata, bayi malang itu diletakkan di dalam plastik merah bersama sisa sampah yang lain sebelum menggelongsor keluar.
“Ketika mahu memasukkan sampah ke dalam lori, mayat bayi itu terjatuh ke dalam takungan sampah.

“Kami terkejut dan terus menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian tersebut berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – Kosmo
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.