Pekerja Gudang Tidak Sangka Berjaya Menangkap Gambar Seekor Nessie Dalam Tasik.

Seorang pekerja di gudang wiski secara tidak sengaja berjaya menangkap gambar seekor raksasa tasik Loch Ness iaitu merupakan raksasa mitos atau lagenda yang turut digelar ‘nessie’ lapor Perkhidmatan Berita South West (SWNS).

Nessie merupakan raksasa lagenda yang hidup di air dan sukar di sahihkan kewujudannya di zaman ini kerana masih belum terdapat bukti yang menjurus kepadanya melainkan gambar.

Ian Bremner 58 tahun telah tertangkap gambar raksasa tersebut secara tidak sengaja yang pada mulanya tidak menyangka bahawa itu adalah ‘nessie’ namun setelah diteliti, kemungkinan besar gambar tersebut adalah raksasa tasik itu.

Menurutnya, dia berada di kawasan itu  berhampiran dengan persisiran barat tasik tersebut untuk mencari rusa merah.

“Ini merupakan kali pertama saya melihat ‘nessie’. Tentu hebat jika saya orang pertama yang dapat menjumpainya.

“Sebelum ini, saya tidak begitu mempercayai kewujudannya namun kini saya sudah bertukar fikiran,” katanya kepada The Scotsman.

Tiada siapa yang menyangkal kemungkinan gambar yang diambil oleh Bremner itu adalah raksasa tasik Loch Ness namun begitu masih tiada yang mengesahkan gambar tersebut adalah benar.

Kali terakhir ‘nessie dilihat adalah pada tahun 2015 oleh Google Street View yang membolehkan pengguna menyelami dasar tasik Loch Ness itu.-Sinar Harian
Gambar Pada Tahun 1970
Gambar Pada Tahun 1970

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.