Polis Siasat Kes Papan Iklan Lucah

Pihak polis sedang menjalankan siasatan forensik mengenai tayangan filem pornografi menerusi papan iklan elektronik gergasi di kota Jakarta pada Jumaat.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan forensik mengenai tayangan filem pornografi menerusi papan iklan elektronik gergasi di kota Jakarta pada Jumaat.

Portal berita tempatan yang memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kekerasan Polis Daerah Metro Jaya, Hendy Kurniawan sebagai berkata pihaknya telah menyita dan mengambil beberapa peralatan komputer milik syarikat pengiklanan berkenaan yang terletak di Jakarta Selatan.

Beliau berkata pihak polis juga telah membuat pemeriksaan menyeluruh di pejabat syarikat berkenaan dan beberapa petugasnya akan disoal siasat bagi membantu siasatan. Orang ramai dan pengguna jalan raya menjadi kecoh apabila melihat sebuah papan iklan elektronik sebesar 24 meter persegi di Jalan Pangeran Antasari, Jakarta Selatan menayangkan filem lucah.

Seorang penjual soto ditepi jalan di situ yang dikenali sebagai Domang kemudiannya mengambil tindakan berani dengan memotong wayar elektrik di papan iklan berkenaan setelah filem itu ditayangkan kira-kira 20 minit.

Dia yang membuka gerai di belakang papan iklan berkenaan berkata setelah mengetahui papan iklan itu menayangkan filem lucah, dia lalu mencari suis elektrik papan iklan itu dan menutupnya. Sementara itu wakil syarikat papan iklan tersebut dilapor sebagai berkata pihaknya kesal dengan insiden itu dan menyerahkan kes kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.


Katanya syarikatnya percaya ia merupakan jenayah siber dan kemungkinan jaringan Internet syarikat itu telah diceroboh serta menafikan ia merupakan  perbuatan petugas syarikat berkenaan.-mStar Online

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,398,Artis Dalam Negara,22,Artis Luar Negara,18,Berita Menarik,964,Berita Semasa,1338,Islam,104,Kantoi Luar Negara,17,Kes Kantoi,435,Kes Rogol,354,Kesihatan,81,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1190,Movie,4,Movie Trailer,4,Politik,202,Politik Dalam Negara,6,Politik Luar Negara,4,Puasa,5,Rogol Luar Negara,13,Rumah Tangga,350,Sukan,132,Sukan Luar Negara,11,Video,544,Video Kantoi,9,Video Luar Negara,36,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Polis Siasat Kes Papan Iklan Lucah
Polis Siasat Kes Papan Iklan Lucah
Pihak polis sedang menjalankan siasatan forensik mengenai tayangan filem pornografi menerusi papan iklan elektronik gergasi di kota Jakarta pada Jumaat.
https://3.bp.blogspot.com/-w_XZ9JVJCH8/V-8pEB_2MgI/AAAAAAAARG0/TV5FFmKJvpoY-818-PfzoffPVXkTcdTJACLcB/s320/image.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-w_XZ9JVJCH8/V-8pEB_2MgI/AAAAAAAARG0/TV5FFmKJvpoY-818-PfzoffPVXkTcdTJACLcB/s72-c/image.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/09/polis-siasat-kes-papan-iklan-lucah.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/09/polis-siasat-kes-papan-iklan-lucah.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy