Remaja 17 Tahun Diperdaya Menjadi Tukang Urut Dan Dipaksa Menjual Tubuh.

Usia baru mencecah 17 tahun namun seorang remaja wanita mendakwa diperdaya menjadi tukang urut selain dipaksa menjual tubuh kepada ratusan pelanggan di sebuah pusat spa

Usia baru mencecah 17 tahun namun seorang remaja wanita mendakwa diperdaya menjadi tukang urut selain dipaksa menjual tubuh kepada ratusan pelanggan di sebuah pusat spa. Remaja itu yang sepatutnya mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut mengaku terpaksa meninggalkan alam persekolahan selepas melahirkan seorang bayi lelaki.

Remaja berasal dari Perak itu bagaimanapun diselamatkan polis dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sebuah hotel di Bangsar di sini, jam 7 petang kelmarin.
Remaja itu yang disoal siasat mendakwa terpaksa mencari pekerjaan untuk menanggung bayinya itu selepas diceraikan suami. “Kawan saya pernah bekerja di sini. Jadi saya meminta pertolongan daripadanya untuk mendapatkan pekerjaan. Pada mulanya saya sangkakan hanya bekerja sebagai pelayan di pusat karaoke,” katanya.

Remaja itu antara 13 lagi wanita diselamatkan polis ketika serbuan di sebuah spa eksklusif di tingkat sembilan hotel berkenaan. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Azman Mohd Isa berkata, serbuan itu diketuai Pegawainya Asisten Superintendan Zahirudin Baharum.

“Dalam serbuan itu, kami menyelamatkan 13 wanita yang menjadi mangsa pemerdagangan dan eksploitasi di spa berkenaan dankami turut menahan seorang penjaga, seorang juruwang, dua lelaki warga tempatan dan dua lelaki warga asing disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Anti Pemerdangangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) kerana menggaji pekerja asing tanpa permit yang sah selain menjalankan perniagaan tanpa lesen,” katanya. – Harian Metro

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,403,Artis Dalam Negara,25,Artis Luar Negara,22,Berita Menarik,980,Berita Semasa,1353,Islam,104,Kantoi Luar Negara,18,Kes Kantoi,437,Kes Rogol,356,Kesihatan,84,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1209,Movie,4,Movie Trailer,4,Politik,202,Politik Dalam Negara,7,Politik Luar Negara,4,Puasa,5,Rogol Luar Negara,13,Rumah Tangga,355,Sukan,132,Sukan Luar Negara,11,Video,549,Video Kantoi,10,Video Luar Negara,39,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Remaja 17 Tahun Diperdaya Menjadi Tukang Urut Dan Dipaksa Menjual Tubuh.
Remaja 17 Tahun Diperdaya Menjadi Tukang Urut Dan Dipaksa Menjual Tubuh.
Usia baru mencecah 17 tahun namun seorang remaja wanita mendakwa diperdaya menjadi tukang urut selain dipaksa menjual tubuh kepada ratusan pelanggan di sebuah pusat spa
https://1.bp.blogspot.com/-CY1tKrUtV6w/V-9dUz12q8I/AAAAAAAARKQ/1qDowOLKJRsL15e0XcGPwRRVri9EUdneACLcB/s320/image.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-CY1tKrUtV6w/V-9dUz12q8I/AAAAAAAARKQ/1qDowOLKJRsL15e0XcGPwRRVri9EUdneACLcB/s72-c/image.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/09/r.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/09/r.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy