Sampai Hati Kau Bunuh Isteri Aku!!! Anak Aku Ini Masih Menyusu.

Luahan seorang lelaki Zul Asman atas kehilangan isterinya Rika Novita Syoer dalam kejadian samun yang berlaku baru-baru ini.

Seorang pemberita telah dihubungi oleh seorang lelaki yang hanya mahu di panggil Zul itu berkata bahawa dia tidak menyangka ada orang yang sanggup membunuh isterinya dengan kejam hanya kerana duit.

“Kami bukannya orang kaya hidup kami hanya hidup sederhana”,katanya.

Dalam pada masa itu satu-satu kenangan manis bersama isteri yang tidak mungkin di lupakan bermain di minda membuatkan Zul kembali menitiskan air mata sambil memeluk anak  kelimanya yang berusia 2 tahun

Zul menceritakan bahawa isterinya adalah seorang cikgu agama disebuah sekolah rendah di samarinda, manakala pada sebelah malam isterinya mengajar budak-budak kampungnya mengaji Al-Quran di rumahnya dengan rela hati tanpa sembarang upah.

Pemergian Rika meninggalkan 5 anak Mutia Nur Sadida, Aisyah Nur Sadida, Muhammad Hamzah Nur Fauzan, Muhammad Nur Zaky Asman, dan Kalila Nur Azizah.

Diketahui anak bongsu Zul, Kalila yang berusia 2 tahun masih memerlukan susu ibu enggan meminum susu botol dimaklumkan anak bongsunya itu memang sangat manja dengan arwah ibunya.

Samarinda post: Seorang lelaki bernama Wahyu telah di tembak anggota polis  selepas cuba melarikan diri dari dikejar.

Wahyu yang bekerja sebagai security bangunan membeli-belah nekad menyamun Rika yang hendak menghantar anaknya ke sekolah hanya kerana tiada duit untuk bermain game dan membeli dadah.

Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat minggu lalu Rika dan anaknya terjatuh dari motorsikalnya selepas beg tangannya di tarik oleh wahyu yang pada masa itu datang dari laluan yang sama.

Sejumlah saksi berkata Rika dalam kejadian cuba menyelamatkan anaknya dengan menjadikan badannya sebagai alas, supaya jangan bagi anaknya yang jatuh sehingga kepalanya terhentak kuat ke atas jalan.

Bagaimanapun kata Wahyu selepas dia berjaya menarik beg mangsa dia mendengar suara dentuman motorsikal mangsa yang terjatuh yang menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian namun dia tidak mengendahkannya.

Ayah Ibu dimana... rintihan anak bongsu mangsa yang masih tidak tahu bahawa ibunya sudah meninggal dunia masih bertanyakan soalan yang sama”ayah ibu di mana ila nak minum susu”

Selepas pemergian ibunya Kalila enggan untuk berpisah dari pelukan ayahnya, malah sifat manjanya semakin bertambah, kata Zul.

Sementara itu 4 anaknya yang lain hanya asyik bermain, seolah-olah mereka masih tidak tahu tentang ibu mereka, Hingga kini anak-anak Zul terpaksa di jaga oleh nenek mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.