Saya Dah Tak Boleh Sabar. Bila Suami Pergi Mandi, Dia Mesti Selak Langsir Bilik Saya.

Saya Dah Tak Boleh Sabar
hubungan saya dan belah mertua menjadi sangat-sangat rumit
Sebagai seorang wanita, apabila kita mengahwini seseorang itu bermakna kita bukan sahaja menerima si suami malah kita juga harus menerima seluruh ahli keluarga suami.

Keluarga mertua merupakan sebahagian keluarga kita apatah lagi bagi diri ini yang merupakan seorang anak yatim piatu semestinya saya berharap dapat menumpang kasih syang keluarga mertua.

Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga sebelum bulan puasa kelmarin, saya merupakan seorang ibu tunggal beranak 3 manakala suami baru saya ini pula ialah seorang duda anak 2. Pada mulanya hubungan saya dengan mertua semuanya berjalan dengan baik.

Tetapi sejak kebelakangan ini hubungan saya dan belah mertua menjadi sangat-sangat rumit. Saya ini anak yatim piatu malah selama ini pun saya banyak melalui liku-liku hidup membesarkan anak-anak seorang diri membuatkan saya menjadi kuat.

Suami baru saya ini memang merupakan seorang yang baik, bertanggungjawab biarpun saya tahu dia tidak berapa menyukai anak lelaki saya tetapi dari hidup ini menjadi bahan fitnah orang jadi saya nekad bernikah dengan suami saya ini.

Awal-awal belah mertua semuanya ok belaka, lagi-lagi bapa mertua memang sangat baik. Saya rasa bahgia sangat di terima sebagai ahli keluarga suami sebab sebelum ini saya tiada keluarga yang saya ada hanya anak-anak hidup saya.

Apa yang saya sangkakan bahagia saya ini akan kekal sampai bila-bila tapi rupanya sengsara yang saya dapat. Saya tahu sejarah bapa mertua dari ipar-ipar saya tapi saya tak percaya, ya lah bapa mertua saya itu nak jalan pun terketar-ketar takkanlah dia boleh buat benda-benda terlarang lak.

Nak di jadikan cerita, lepas saya kahwin bisnes saya pun menjadi semakin maju manakala suami pula terpaksa berhenti kerja sebab tempat kerja dia ada masalah walaupun saya tahu suami saya itu banyak hutang lagi-lagi hutang dengan Along tapi tak apa saya sanggup berkorban untuk keluarga baru saya ini.

Sejak akhir-akhir ini bisnes saya banyak di belah KL, saya sanggup amanahkan anak lelaki saya untuk menjaga adik-adiknya,untuk apa? Untuk saya mencari rezeki untuk mereka. Sebulan saya menumpang di rumah mertua.

Awalnya ok saja, saya pergi kerja pagi dan malam baru sampai rumah tapi bila sampai rumah memang saya tak ada masa langsung nak kemas rumah atau menyapu rumah pun sebab terlalu letih 5 bulan saya tak ada cuti langsung.

Saya amat berharap mak serta bapa mertua saya akan memahami keadaan saya ini. Namun begitu, sejak saya menumpang rumah mertua ini saya mula nampak kelainan pada bapa mertua saya.

Setiap hari bapa mertua saya mesti menyelak langsir bilik yang saya duduk, tak tahu apa yang dia nak tapi benda ini macam di rancang oleh bapa mertua saya. Bila suami saya pergi mandi saja dia mesti selak langsir bilik saya sampaikan kadang-kadang saya tengah nak pakai baju pun dia selak langsir. Saya mula rasa tak sedap hati dengan orang tua ini.

Satu hari itu tengah saya bersauna dalam bilik tiba-tiba dia selak lagi langsir bilik saya itu dan boleh pula dia tanya saya telanjang ke pakai baju lepas itu nak cium saya. Memang nak tempah maut orang tua miang ini. Saya marah dan tanya dia, apa yang bapa nak????

Sejak dari kejadian itu memang saya tak berapa nak tegur orang tua itu. Saya tak berapa kisah pasal benda ini pasal saya masih mampu untuk pertahankan maruah saya. Apa yang saya tak boleh terima adalah tentang perbuatan orang tua terkutuk ini yang sanggup melakukan gangguan seksual terhadap anak-anak perempuan saya!! Umur anak saya yang kecil itu baru 8 tahun tergamak dia tunjukkan kemaluan dia dekat anak saya itu.

Nasib baiklah di sekolah cikgu dah bagi penerangan tentang apa yang nak buat bila kena culik dan kena cabul. Benda ini baru terjadi pada minggu lepas, anak saya melawan dan menjerit tapi tak ada siapa pun yang dengar. Waktu cuti sekolah anak saya ada mengadu pada saya tentang perbuatan terkutuk orang tua ini. Bila saya dapat tahu memang saya rasa marah sangat. Mulanya saya tak tahu nak buat apa dengan orang tua ini, kalau ikutkan hati memang nak bagi penumbuk saja dekat muka dia tapi bila kenangkan mak mertua saya simpan dulu cerita ini.

Sehari selepas raya haji saya mula bekerja macam biasa, tengah kerja anak saya mesej saya dia cakap atok buat hal lagi. Lepas itu anak saya menjerit dan marah orang tua itu. Bila dengar anak saya nak mengadu hal ini pada saya, orang tua itu marah anak saya. Macam-macam dia marah, siap cakap anak-anak saya bukan darah daging dia, dia tak nak tengok muka anak-anak saya dekat rumah dia.

Bila saya dapat tahu saya terus bergegas balik ke rumah. Memang hari itu saya tak boleh menahan kesabaran lagi, apa nak jadi pun jadilah. Saya tanya orang tua terkutuk itu, apa masalah dia?? Selama ini memang dia tak ikhlas terima saya dan anak-anak saya menjadi sebahagian keluarga dia orang ke. Saya ingat bila saya kahwin ini boleh dapat keluarga macam orang lain  tapi makin teruk pula jadinya.

Sampai satu tahap memang saya betul-betul nak tumbuk muka dia tapi di halang oleh mak mertua dan ipar saya. Mereka cakap jantan tua itu dah nyanyuk. Tolonglah, orang tua itu pernah ada kes di tangkap polis sebab mencabul anak jiran, tapi yang buat saya marah dia tak mengaku langsung malah mencari salah saya. Alasan tumpang rumah dia tak pernah menyapu dan menyusahkan mak mertua saya. Apa dia tahu tak siang malam saya bekerja nak cari nafkah bayar hutang-hutang anak dia. Memang jahanam orang tua macam ini.

Depan dia, saya bersumpah bahawa saya tak akan maafkan dia dunia dan akhirat atas apa yang dia telah buat dekat saya dan anak-anak saya. Sekarang saya rasa hidup dengan suami saya pun tak tenteram. Saya dah tak sanggup lagi nak hidup menderita macam ini, lebih baik saya menjanda macam dulu. Ada suami pun sama macam tak pernah ada suami sebab semua saya yang nak kena fikir dan pikul masalah dia nak membayar hutang Along.

Mana nak tanggung kereta, api, air, makan minum dan sekolah anak-anak lagi. Saya betul-betul buntu sangat apa yang harus saya lakukan sekarang ini. Macam-macam dugaan yang harus saya lalui, lagi-lagi sekarang memang saya tak terima dah apa yang bapa dia buat dengan saya inikan lagi tambah pula dengan masalah suami saya. Apa yang harus saya lakukan, pening bila memikirkannya.-Kisah Rumah Tangga

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.