Saya Tak Menyesal Tunjuk Jari Tengah Kepada Islamis Jahat” Dan “Si Bodoh.
PETALING JAYA: Peguam dan aktivis Siti Kasim tidak menyesal
menunjukkan jari tengahnya kepada hadirin wacana rang undang-undang Mahkamah
Syariah Isnin lepas.
Menurut Siti, jari tengahnya ditujukan khas untuk “Islamis
jahat” dan “si bodoh yang dicuci otak” yang hadir memenuhi ‘Pindaan Akta 355:
Antara Realiti dan Persepsi’.
Tidak seperti wacana lain yang pernah disertainya, Siti
menjelaskan golongan yang menghadiri wacana anjuran Kumpulan Karangkraf itu
percaya mereka sedang menegakkan undang-undang Tuhan, oleh itu tidak boleh
terima pertentangan pendapat.
“Sudah banyak forum yang saya sertai. Saya pernah ajukan
soalan yang mengesankan tetapi saya tak sangka suatu hari nanti saya akan
tunjuk jari pada penonton wacana,” katanya di Facebook malam tadi.
“Saya tak menyesal tunjuk jari. Bagi saya, Islamis jahat
layak terima lebih daripada itu.
“Kasar? Biadab? Sejak bila seorang wanita tak boleh berlaku
kasar dan biadab terhadap orang jahat dan si bodoh yang dicuci otak?”
Menurut Siti, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan,
salah seorang pembahas di wacana itu, kelirukan penonton semasa menjelaskan
cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau Akta
355.
“Pembahas daripada PAS dan Umno bertegas ia bukan rang undang-undang
hudud. Walaupun bukan rang undang-undang hudud tetapi ada kena mengena dengan
hudud.
“Tanpa rang undang-undang menghadkan hukuman mahkamah
syariah, mereka tidak akan dapat menjalankan hukuman yang tertulis dalam
enakmen hudud mereka.”
Takiyuddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Jamil Khir Baharom nafi dakwaan itu, menjelaskan pindaan bertujuan menambah
kuasa mahkamah syariah berhubung kesalahan yang dinyatakan dalam Akta 1965.
Siti bagaimanapun mendakwa rang undang-undang yang dibawa ke
Parlimen oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi kuasa tanpa
batas kepada mahkamah syariah untuk mengenakan hukuman hudud yang lain.
“Kesalahan hudud termasuk kesalahan zina (seks tanpa nikah),
qazaf (membuat tuduhan zina yang tidak benar terhadap orang lain), syrub (minum
arak) dan irtidad atau riddah (keluar agama) dan menurut Enakmen Kanun Jenayah
Syariah Kelantan (II) (1993) 2015, hukuman untuk kesalahan tersebut adalah
rotan antara 40 hingga 100 kali.
“RUU mahu menggantikan Seksyen 2 Akta 355 dengan seksyen
baharu yang nampaknya meluaskan skop bidang kuasa jenayah mahkamah syariah,
yang secara sedia ada terhad kepada kesalahan oleh penganut terhadap Islam,”
dakwa Siti.
Mereka yang pertikaikan bantahannya terhadap undang-undang
Islam, Siti menjelaskan perbuatannya menjawab undang-undang ciptaan manusia.
Tambahnya orang Melayu dan penganut Islam perlu dibenarkan
berbincang hukuman yang ditetapkan, serta mencadangkan mereka diberi pilihan
mahu diperintah undang-undang sekular atau undang-undang agama.
“Saya enggan diperintah undang-undang ciptaan manusia yang
menggunakan Islam sebagai dalih. Mereka cuba dagangkan Islam. Kita tertipu lama
dah.
“Saya tahu tidak mudah untuk meyakinkan golongan pelampau
kerana otak mereka sudah dibasuh ustaz, mullah dan sistem kita.
“Mereka asyik brkata mengapa kita mahu halang mereka amalkan
agama mereka, jadi kita tak boleh sekat mereka. Orang Melayu yang tidak mahu
diperintah oleh undang-undang agama ciptaan manusia, perlu dibolehkan untuk
berbuat demikian.
“Saya tidak akan tunduk kepada undang-undang ciptaan manusia
yang menyamar sebagai Islam.”-Free Malaysia Today
Ulasan
Catat Ulasan