Sedih Mendengarkan Kisah Wanita Ini Yang Terpisah Dengan Ibu Bapa Kandungnya selama 44 tahun

Terdapat segelintir di kalangan kita yang hidup susah sehingga terpaksa hidup berjauhan dari keluarga sendiri. Ibu bapa yang tidak mampu menjaga anak yang terpaksa menyerahkan anak kepada keluarga angkat yang lain.

Admin terpanggil untuk menyiarkan kisah seorang wanita yang telah terputus hubungan dengan ibu bapa kandungnya semenjak dia baru sahaja berumur dua hari.

Sedih mendengarkan cerita wanita tersebut yang ingin mencari keluarganya yang telah terpisah selama hampir 44 tahun itu membuatkan admin ingin kongsikan cerita wanita ini agar sedikit sebanyak dapat membantunya mencari semula keluarganya.

Ini merupakan kisah wanita bernama Natili Shamsudin yang mencari ibu dan bapanya

ingin memohon jasa baik orang ramai serta kenalan yang jauh mahupun dekat bagi membantunya menjejaki semula keluarga kandung saya.

Saya telah di beritahu bahawa kali terakhir alamat mereka di Aulong, Taiping, Perak sebelum terputus hubungan.

Keluarga angkat Natili memberitahu bahawa Natili telah dilahirkan di hospital Besar Taiping.

Mak kandung Natili dikatakan seorang suri rumah yang katanya kadang-kadang mengambil upah mencuci pakaian disekitar pekan, Wallahualam.

Manakala bapa kandung Natili yang dikenali sebagai Meor Ali  merupakan seorang tentera darat berpangkalan di Ipoh.

Itu sahaja maklumat yang dimaklumkan oleh mak dan abah angkat yang telah mula memelihara Natili sejak berumur 2 hari.

Di sini saya selitkan gambar Natili sewaktu berumur 2 tahun bersama mak angkat , Zubaidah Yusof yang telah memelihara Natili serta gambar arwah abah angkatnya, Shamsudin Hj Ariffin.

Keluarga angkat Natili pernah mengizinkn mak dan abah kandung menziarahi Natili di kediaman mereka di Restoran Azhar tapi dengan syarat hanya boleh melihat sahaja.

Sukar buat saya menyusun ayat di sini tapi yang penting adalah nawaitu utama saya hanyalah untuk membantu Natili bertemu dengan mereka @ adik-beradiknya.  Natili dikatakan merupakan anak ke 5 wallahuallam.

Semoga paparan gambar tersebut mampu membantu mengingatkan sesiapa sahaja yang melihatnya ketika rupa Natili semasa kecil mahupun wajah kedua ibubapa angkat Natili yang mengetahui perkara tersebut boleh membantu menjejaki keluarga kandung Natili .

Dengan ini saya memohon jasa baik semua kenalan untuk SHARE kisah Natili ini semoga dengan bantuan anda sahabat yang dikasihi lagi dihormati akan menemukan Natili kembali kepada keluarga kandungnya yang telah terpisah hampir 44tahun.

Semoga dipermudahkan oleh-Nya dan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membantu saya, semoga Allah SWT akan membalas segala kebaikan anda didalam usaha Natili menjejak kasih.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keluarga Natili tersebut bolehlah menghubungi Natili sendiri di no 018-2706898.
Gambar Natili sewaktu berumur 2 tahun bersama mak angkat

Gambar arwah abah angkatnya Shamsudin Hj Ariffin

Natili Shamsudin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.